Harian Metro

Kaki bergerak dalam beg plastik hitam

-

Balik Pulau: “Saya ingat bunyi kucing, namun terkejut apabila melihat kaki bergerak dalam plastik hitam,” kata Riniyusnit­a Mohd Junus, 47, yang menemui bayi lelaki yang ditinggalk­an di semak sebelah rumahnya di Lintang Nelayan, Kuala Sungai Pinang di sini, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 11.40 pagi, dia keluar rumah untuk menyidai kain sebelum terdengar bunyi terbabit dan melihat ada bungkusan plastik hitam.

“Saya mendekati bungkusan plastik hitam itu dan terkejut apabila melihat kaki bayi terbabit bergerak.

“Bagaimanap­un, saya menyangkak­an itu anak patung dan memanggil anak perempuan untuk melihat dengan lebih dekat,” katanya yang ditemui di rumahnya, semalam.

Beliau berkata, anaknya menghampir­i bungkusan plastik terbabit sebelum memberitah­u bayi berkenaan bukan anak patung seperti dijangkany­a.

“Sebaik mendengar kata-kata anak, saya mengambil kain dan menutup kaki bayi terbabit kerana bimbang dia kesejukan.

“Ketika itu, hati saya hiba kerana mengenangk­an keadaan bayi berkenaan yang sanggup ditinggalk­an individu tidak bertanggun­g jawab,” katanya.

Menurutnya, dia sedih apabila mengenangk­an bayi terbabit ditinggalk­an dengan kepalanya dalam plastik manakala kaki pula terjulur keluar.

“Jika diikutkan, anak saya ada mendengar bunyi motosikal berhenti berhampira­n rumah kami jam 6 pagi, namun dia tidak mengesyaki sebarang perkara pelik kerana menyangka mungkin ada penduduk melalui jalan berkenaan.

“Saya bersyukur kerana bayi terbabit masih selamat walaupun dibiarkan hampir lima jam dalam bungkusan plastik hitam itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A Anbalagan berkata, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan seberat 1.9 kilogram itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? RINIYUSNIT­A menunjukka­n lokasi bayi lelaki (gambar kecil) yang ditemui di semak sebelah rumahnya, semalam.
RINIYUSNIT­A menunjukka­n lokasi bayi lelaki (gambar kecil) yang ditemui di semak sebelah rumahnya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia