Harian Metro

Belaian jemari import

- Nor Azizah Mokhtar news@nstp.com.my

 7 wanita tukang urut warga asing, dua lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan

Import tukang urut haram dari Thailand dan China untuk berkhidmat di negara ini. Itu antara modus operandi kebanyakan pusat kecantikan dan urutan tradisiona­l yang dikesan masih berdegil menggunaka­n khidmat pendatang asing tanpa izin (PATI) walaupun menyedari ia satu kesalahan.

Terbaru dua pemilik premis perniagaan di Jalan SS 2/67 di sini, diserbu polis, petang semalam.

Dalam serbuan di premis pertama pada jam 6 petang, empat wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut di premis menawarkan urutan Thai itu ditahan termasuk seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis.

Setengah jam kemudian, polis menyerbu pula premis rawatan kecantikan di lokasi berhampira­n yang dikesan menggaji tiga wanita warga China juga sebagai tukang urut di situ.

Turut ditahan, seorang lelaki penjaga premis warga tempatan.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman, berkata dalam serbuan itu pihaknya turut merampas pelbagai peralatan mengurut termasuk serta sejumlah wang tunai hasil perniagaan.

“Kita dapati kedua-dua premis perniagaan ini menggaji warga asing sebagai pekerja tanpa permit dan pemeriksaa­n mendapati ada antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.

“Semua mereka dibawa ke balai polis berhampira­n untuk siasatan mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya .

 ??  ?? TILAM dan bantal dalam kamar urut. KERUSI urut turut disediakan untuk keselesaan pelanggan. EMPAT wanita warga asing dari Thailand yang diberkas dalam serbuan pertama.
TILAM dan bantal dalam kamar urut. KERUSI urut turut disediakan untuk keselesaan pelanggan. EMPAT wanita warga asing dari Thailand yang diberkas dalam serbuan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia