Harian Metro

Pegawai kanan polis ditahan miliki MPV curi

-

Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) disyaki kenderaan curi di Sabak Bernam, Selangor, kelmarin.

Pegawai berusia 34 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di perkaranga­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 6.30 pagi.

Difahamkan, penahanan suspek adalah hasil maklumat dan risikan JIPS Bukit Aman berhubung pemilikann­ya ke atas sebuah kenderaan model Toyota Estima yang dilaporkan hilang di Butterwort­h, Pulau Pinang pada

2013. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, ketika mengesahka­n perkara itu memberitah­u, hasil siasatan di rumah lelaki itu menemui kenderaan itu yang kemudian dirampas untuk siasatan.

“Pasukan serbuan sudah menahan lelaki terbabit kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan dimilikiny­a itu.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mazlan, pihaknya tidak akan sesekali berkomprom­i dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terbabit dalam aktiviti jenayah.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang dan peraturan sedia ada tanpa menyebelah­i mana-mana pihak,” tegas beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan bermotor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia