Harian Metro

Air mata bergenang

- Yusmizal Dolah Aling news@nstp.com.my

Misi bantuan Food Flotilla For Myanmar (FFFM) genap setahun, semalam namun kesan daripada pelayaran kapal Nautical Aliya masih segar dalam ingatan sukarelawa­n yang mengikuti misi itu.

Ini kerana ia mencatatka­n sejarahnya tersendiri dengan mengumpulk­an 238 sukarelawa­n pelbagai latar belakang sebagai satu pasukan dan keluarga besar.

Sukarelawa­n Mohd Nosdin Abdul, 51, berkata, pengalaman bersama sukarelawa­n asing begitu bermakna kerana mereka mempunyai pengalaman tersendiri dalam menyantuni pelarian di seluruh dunia.

“Ia pelayaran istimewa. Tetapi saya sedih kerana ada dalam kalangan rakan sukarelawa­n meninggal dunia selain keadaan masyarakat Rohingya masih tidak berubah.

“Memang tidak ada gantinya FFFM namun saya berdoa supaya urusan umat Islam Rohingya dipermudah­kan,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n Mohd Fadhil Osman, 43, berkata, misi itu kekal dalam ingatannya kerana ia misi terbesar yang pernah disertai sejak berkecimpu­ng dalam gerakan NGO 10 tahun lalu.

“Saya tahu ia sukar. Tetapi jika ada lagi selepas ini, saya sertai kerana ini saja mampu saya lakukan untuk membantu,” katanya yang akan ke kem pelarian Cox’s Bazar Bangladesh bersama Shelter4Ro­hingya, 13

 Sukarelawa­n FFFM imbau kenangan pelayaran hantar bantuan untuk Rohingya

Februari ini.

Fadhil berkata, misi itu disertai dua lagi sukarelawa­n FFFM Aemirulriz­aki Rambli dari NGO Projek Rakyat dan Kelana Putra Muhamad (Pertubuhan Permuafaka­tan Wangsa SeMalaysia).

FFFM yang memulakan pelayaran 3 Februari tahun lalu adalah anjuran Kelab Putera 1Malaysia dan Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia membawa 2,300 tan barangan makanan, pakaian dan ubat-ubatan sebelum diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Myanmar dan Bangladesh.

 ??  ??
 ??  ?? BARANGAN bantuan Misi Food Flotilla For Myanmar diangkut ke kapal Nautica Aliya di Bousted Cruise Centre, Pulau Indah sebelum dibawa kepada pelarian setahun lalu.
SUKARELAWA­N daripada NGO yang turut sama berlepas ke Myanmar.
BARANGAN bantuan Misi Food Flotilla For Myanmar diangkut ke kapal Nautica Aliya di Bousted Cruise Centre, Pulau Indah sebelum dibawa kepada pelarian setahun lalu. SUKARELAWA­N daripada NGO yang turut sama berlepas ke Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia