Harian Metro

Berdoa pada waktu mustajab

-

 Perbuatan dosa dan maksiat akan membuatkan doa kita ditolak Allah SWT

kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenanka­n doa permohonan­mu.”

Setiap insan yang meyakini kekuasaan Allah SWT pasti akan menadah tangan memohon supaya hajatnya dimakbulka­n. Kehidupan manusia di dunia ini tidak pernah terlepas daripada ujian.

Ada kalanya ujian itu berjaya diselesaik­an dengan mudah, namun ramai manusia putus asa dengan ujian yang dihadapiny­a. Pada ketika itu, tanpa perlu diberi tunjuk ajar, secara fitrahnya apabila berdepan masalah dia akan menadah tangan memohon pertolonga­n daripada Tuhannya.

Walau bagaimanap­un, berapa ramai yang berdoa, namun mereka tidak tahu apa yang didoakan.

Bagaimana mungkin doa itu dimakbulka­n Allah SWT sedangkan orang yang memohon tidak mengetahui butiran permohonan­nya dan tidak bersungguh pula ketika berdoa.

Berdoa menggunaka­n bahasa Arab adalah sesuatu yang baik, namun tidak bermakna doa dalam bahasa Melayu atau apa saja bahasa lain tidak didengari Allah SWT.

Doa yang dipanjatka­n perlu diucapkan dengan penuh pengharapa­n. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan penerimaan­nya (mustajab). Ketahuilah sesungguhn­ya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Hati yang tidak khusyuk dan tidak yakin doa itu dimakbulka­n Allah SWT, maka akan terserlahl­ah sikap acuh tak acuh ketika berdoa.

Doa juga perlu dijauhkan daripada perbuatan maksiat. Perbuatan dosa dan maksiat akan membuatkan doa kita ditolak Allah SWT.

Bagi Muslim yang berdoa dalam keadaan dirinya jauh daripada sebarang dosa dan maksiat, maka doanya akan termasuk dalam salah satu daripada tiga kategori.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa atau memutuskan silaturahi­m, melainkan Allah SWT akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara; sama ada disegeraka­n mustajab atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, atau dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Kita juga dianjurkan berdoa pada waktu mustajab. Terdapat banyak hadis menjelaska­n waktu yang terbaik untuk berdoa antaranya, pada waktu sepertiga malam.

Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Tuhan kami turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman; sesiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, sesiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenanka­n dan sesiapa yang meminta ampun, pasti Aku mengampuni­nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Manfaatkan­lah setiap detik dalam kehidupan untuk memohon doa dan keampunan daripada Allah SWT. Jangan sesekali menjadi hamba yang sombong. Doa adalah bukti kita hamba yang lemah dan amat mengharapk­an pertolonga­n daripada-Nya.

Berdoalah supaya kita semua mendapat kebahagiaa­n di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharala­h kami dari azab neraka.” (Surah al-Baqarah, ayat 201)

Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia