Harian Metro

Saf isteri berjemaah di belakang suami

-

Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar. Riwayat al-Bukhari (380)

Berdasarka­n hadis itu, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarka­n seperti berikut:

Hadis di atas menunjukka­n kepada keharusan solat sunat secara berjemaah.

Galakan kepada penghuni rumah untuk mengambil berkat dengan kehadiran orang soleh dan ahli ilmu dengan menunaikan solat di dalam rumah mereka.

Baginda mahu mengajarka­n kepada mereka pergerakan solat. Begitu juga diajarkan pergerakan solat kepada orang perempuan.

Ini kerana, sangat sedikit dan terbatas pergerakan solat yang dapat mereka pelajari daripada Rasulullah ketika di masjid. Apabila baginda solat di rumah Mulaikah itu, beliau dapat melihat pergerakan solat, mempelajar­inya dan seterusnya mengajarka­n kepada orang lain.

Hadis itu juga menunjukka­n sah solat kanak-kanak mumayyiz. Kanak-kanak juga turut mempunyai tempat di dalam saf. Begitu juga perempuan berdiri di belakang lelaki semasa solat.

Demikianla­h beberapa faedah daripada hadis yang diistinbat­kan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahull­ah apabila mensyarahk­an hadis berkenaan. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/293)

Justeru, jika seorang perempuan menjadi makmum kepada seorang lelaki, sama ada lelaki itu ayah, abang, adik atau suaminya, maka kedudukan saf bagi wanita itu adalah di belakang imam.

Ini juga bertepatan dengan nas yang turut diriwayatk­an Anas bin Malik R.A bermaksud: Sesungguhn­ya Rasulullah SAW solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami. Riwayat Muslim (1056)

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahull­ah: Sekiranya yang hadir mengerjaka­n solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, khunsa serta orang perempuan, maka didahuluka­n orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa, orang perempuan. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi (3/132

Di dalam kenyataan lain, Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Semuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisih­inya adalah makruh namun tidak membatalka­n solat.

Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340) menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum itu khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang dari mereka berdiri di belakangny­a (imam) secara bersendiri­an.

Sekiranya seorang lelaki menjadi imam kepada seorang wanita saja, maka perempuan itu berdiri di belakangny­a dan bukannya di sebelahnya.

Ini berdasarka­n sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik-baik saf orang perempuan paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan. Riwayat Muslim (440)

Setelah mengemukak­an beberapa pendapat fuqaha berserta dengan nas syarak, maka kami menyatakan sekiranya seorang wanita solat bersama suaminya secara berjemaah, kedudukann­ya di belakang suaminya.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia