Harian Metro

Terus bela nasib warga peneroka

-

Bentong: Dakyah kononnya FELDA dan kerajaan tidak membantu peneroka jelas sekali adalah cakap-cakap kosong dan dakyah semata-mata yang tidak perlu diambil kira sama sekali, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, beliau sebagai menteri bertanggun­gjawab atas FELDA sentiasa untuk mengolah yang terbaik melalui pengumuman dibuat dari semasa ke semasa.

“Umpamanya sambutan Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan (sebelum ini) buat pertama kalinya dalam sejarah FELDA membuka peluang untuk peneroka yang sudah tidak lagi bersama untuk kembali bermuafaka­t dengan FELDA. Kita lakukan ini sebab kita terus mahu membela nasib semua warga peneroka.

“Setelah enam bulan pengumuman itu sukacita saya maklumkan 10,338 orang peneroka bersetuju kembali bermuafaka­t menjadi peneroka yang berada dalam sistem kewangan dan pentadbira­n FELDA.

“Dengan ini bererti jumlahnya 93.5 peratus atau 105,294 dari keseluruha­n peneroka sudah pun bersama-sama dengan FELDA. Dan ini adalah kejayaan yang paling tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad.

Pada majlis itu Najib turut menyampaik­an replika cek insentif peneroka sifar hutang dan Anugerah Belia FELDA Malaysia kepada beberapa tokoh belia dari wilayah FELDA.

Najib berkata, kerajaan akan membantu menambahka­n peruntukan bagi membolehka­n projek itu dijalankan secara menyeluruh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia