Harian Metro

3,500 rumah untuk anggota ATM

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n akan membina 3,500 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek RUMAWIP itu adalah kerjasama dengan Kementeria­n Pertahanan di bawah projek Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

Katanya, inisiatif ini dilaksanak­an bagi membolehka­n setiap anggota tentera memiliki kediaman sendiri di ibu kota.

“Projek ini dijangka dilancarka­n Mac depan. Ini bagi menghargai jasa dan pengorbana­n yang dilakukan ATM.

“Harga seunit kediaman yang bakal ditawarkan adalah serendah RM150,000 hingga RM250,000 dengan keluasan antara 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

“Pelbagai kemudahan seperti surau dan dewan serba guna akan disediakan untuk kegunaan pembeli kelak,” katanya selepas merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutua­n Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, semalam.

Tengku Adnan berkata, pihaknya turut bersetuju menaik taraf taman permainan Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera Darat yang menelan kos RM100,000 dan pembinaan padang futsal berjumlah RM150,000.

“Kemudahan ini untuk rakyat dalam menjamin kesejahter­aan hidup bersama,” katanya.

Sementara itu, sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n (SHWP) 2018 pihak kementeria­n mengekalka­n tema tahun lalu iaitu Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera dengan memberi fokus terhadap keceriaan dan kesejahter­aan hidup.

Melalui pelaksanaa­n Kenduri 1Wilayah Persekutua­n dapat menanam semangat kebersamaa­n dan keharmonia­n rakyat. Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjun­g Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada Polis

Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes tembakan membabitka­n anggotanya, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Semenanjun­g Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh anggota Perhilitan yang terbabit di Balai Polis Pasir Akar, Besut.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 10 malam, dua anggota Jabatan Perhilitan Besut melakukan rondaan di Ladang Sawit FELCRA Bukit Marak.

“Mereka bertindak atas aduan yang mengatakan ada konflik hidupan liar dan ditemani seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai jurupandu menunjukka­n lokasi aduan.

“Dalam operasi berkenaan, satu tembakan dilepaskan ke arah babi hutan yang ditemui dan ketika hendak melakukan tembakan susulan, anggota Perhilitan terbabit tergelinci­r dan jatuh lalu tertembak jurupandu terbabit,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Adnan (tengah) beramah mesra dengan tetamu pada program Kenduri 1 Wilayah Persekutua­n parlimen Bandar Tun Razak di Kem Labuan Sungai Besi.
TENGKU Adnan (tengah) beramah mesra dengan tetamu pada program Kenduri 1 Wilayah Persekutua­n parlimen Bandar Tun Razak di Kem Labuan Sungai Besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia