Harian Metro

Mahu menyanyi pula

- DARI MUKA R25

Siapa sangka, selepas mencipta nama dalam dunia lakonan, Raysha mahu mencuba nasib dalam dunia nyanyian pula.

“Tahun ini saya merancang sesuatu yang agak berbeza. Mungkin saya akan mengembang­kan bakat dalam bidang nyanyian.

“Apapun, saya tidak berani untuk bercakap lebih-lebih kerana masih dalam proses mempersiap­kan diri ke arah itu (bergelar penyanyi).

“Bukan apa, bagi saya biarlah tahun ini menjadi permulaan untuk jadi lebih versatil,” katanya.

Bukan mahu bolot atau bersikap tamak, sebaliknya Raysha tidak mahu meletakkan sebarang had dalam bidang seni yang diminatiny­a sejak dulu lagi.

“Sebenarnya dari dulu lagi saya minat menyanyi, berlakon dan mengacara. Cuma, sewaktu mula-mula menceburi bidang ini, saya tidak tahu mana yang perlu didahuluka­n,” katanya.

Raysha bagaimanap­un menegaskan, percubaan itu tidak bermakna cintanya terhadap bidang lakonan sudah pudar.

Baginya, tiada alasan untuk meninggalk­an kerjaya itu kerana ia boleh bergerak seiring dengan nyanyian.

Apa yang penting kata Raysha, dia perlu lebih realistik. Ini kerana apa yang mahu digapainya itu bukan boleh dikecapi dengan mudah kerana

Raysha

rasa tak salah

cuba bidang

baru

semuanya memerlukan perancanga­n rapi.

“Semua ini perlukan masa. Saya sendiri tak berani nak cakap bila akan keluar dengan single sendiri.

“Apa yang penting, hasrat untuk melebarkan sayap dalam bidang nyanyian bukan bermaksud sudah bosan berlakon. Ia sentiasa menjadi salah satu minat saya. Peluang dan tawaran yang dirasakan sesuai sudah pasti saya tidak akan tolak,” katanya yang meminati muzik R&B dan balada.

Menyedari mungkin ada kata-kata negatif yang menyifatka­n pelakon drama Isteriku Miss Sally itu seolah-olah terlalu mahu mencuba semua bidang, Raysha berkata, dia tidak peduli.

“Tak salah mencuba. Bagi saya ia sesuatu yang bagus dan tindakan produktif.

“Walaupun orang kata tidak boleh menyanyi, sekurang-kurangnya kita mencuba. Jika berjaya, itu satu rezeki juga,” katanya yang meminati penyanyi yang mempunyai gaya tersendiri seperti Yuna dan Jaclyn Victor.

Pada masa sama, kata Raysha, dia turut menerima sokongan daripada ahli keluargany­a. Justeru, tidak timbul isu dia memilih nyanyian kerana mahu lebih menonjol berbanding Nelydia dan Uqasha.

“Kalau Nelydia dan Uqasha mahu menyanyi pun saya akan beri sokongan. Dari dulu lagi, keluarga tahu saya suka menyanyi. Mereka pun ada tanya bila saya akan keluar dengan single,” katanya. - Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia