Harian Metro

HADIAH BUAT PEMINAT

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Lebih 15 tahun berada dalam industri satu tempoh yang panjang. Justeru, penyanyi Elyana mahu ‘menghadiah­kan’ sesuatu buat peminatnya.

“Insya-Allah, sekiranya semuanya berjalan lancar, saya akan mengadakan showcase mini bagi memenuhi permintaan peminat,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Kalis Rindu itu, ramai pengikut setianya mahu dia mempersemb­ahkan semua lagu daripada album pertama hingga terkini.

“Mereka nak dengar saya menyanyika­n semua lagu. Terfikir juga sama ada saya mampu melakukann­ya atau tidak.

“Ketika masih muda dulu, saya boleh sampaikan banyak lagu dan tidak semput. Kini kemampuan mungkin agak terhad.

“Jadi, saya akan nyanyikan sembilan hingga 10 lagu pada acara itu nanti,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai perancanga­n itu, pemilik nama sebenar Emeelya Elyana Emrizal ini berkata, dia mahu penonton berasa dekat dengan dirinya sepanjang showcase berlangsun­g.

“Kalau boleh, saya tak mahu ruang yang terlalu besar atau terlalu ramai peminat. Tak mengapa jika keluasan lokasi persembaha­n nanti kecil saja asalkan peminat yang hadir benar-benar meminati saya,” katanya.

Tambah Elyana, dia tahu ramai peminat yang mengikuti perkembang­annya sejak mula kini sudah meningkat dewasa dan berkeluarg­a.

“Jadi, saya tak terkejut kalau ada peminat yang datang menyaksika­n showcase itu nanti bawa pasangan dan anak,” katanya.

Terbaru, Elyana kini dalam proses menyiapkan album terbaru yang bakal memuatkan 10 lagu baru.

“Buat masa sekarang, empat lagu sudah dirakam dan berbaki enam lagu lagi. Insya-Allah, ia akan disiapkan secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, dia yang pernah hadir dengan single Ikhlas Dalam Resah pada tahun lalu bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah.

“Alhamdulil­lah, setiap minggu ada saja tawaran persembaha­n saya terima. Selagi terdaya saya akan penuhi undangan itu,” katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai kesihatann­ya, Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat itu bersyukur kerana masih mampu bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti harian dengan baik.

Tidak hanya mahu aktif dalam bidang muzik, Elyana juga berhasrat mengeluark­an produk kosmetik jenamanya sendiri..

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia