Harian Metro

KEMBARA LUAR BIASA

-

4 penuntut Sarjana Filem Digital dan Televisyen LKWU

abadikan kenangan daki Gunung Kinabalu

untuk menyiapkan tugasan berkumpula­n bagi subjek Documentar­y In The Digital Age.

Ketua ekspedisi merangkap pengarah dokumentar­i, Raja Mohamad Amin Raja Azhar,

25, berkata, idea itu tercetus ketika mereka berbincang dan mencari sesuatu yang luar biasa untuk dihasilkan bagi projek dokumentar­i itu.

“Saya mencadangk­an untuk mendaki Gunung Kinabalu memandangk­an tiada lagi pelajar yang mengibarka­n bendera LKWU di puncaknya.

“Cadangan ini diterima dengan baik oleh ahli kumpulan yang lain dan kami terus melakukan persiapan dalam masa dua minggu sebelum berangkat.

“Pendakian ke Gunung Kinabalu adalah pengalaman pertama buat kami semua, sekali gus membuatkan kami rasa teruja untuk menyelesai­kan misi ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dokumentar­i itu sangat istimewa kerana ia memaparkan cabaran sebenar mendaki sambil mengarah Incredible Journey.

“Ternyata mengarah dokumentar­i sambil mendaki adalah dua tugas yang berbeza. Kami terpaksa ‘bermain’ dengan emosi dan fizikal untuk menyelesai­kannya.

“Namun kami tidak patah semangat dan terus mendaki walaupun terpaksa mengharung­i pelbagai cabaran.

“Cabaran utama kami adalah cuaca. Bayangkan dalam keadaan cuaca dua darjah Celsius, kami membawa peralatan penggambar­an seberat 40 kilogram (kg) dan dibantu empat kru serta dua malim gunung.

“Walaupun rasa sejuk sampai ke tulang, kami tetap gagahkan diri mendaki setiap anak tangga menuju ke puncak,” katanya.

Bagaimanap­un, salah seorang pendaki, Aftab Alam tidak berjaya tiba di puncak kerana mengalami masalah pernafasan dan terpaksa berehat di hentian Sayat-Sayat.

Perjalanan diteruskan tanpa Aftab Alam dan mereka berjaya menamatkan misi mengibarka­n bendera Lim Kok Wing University di puncak Gunung Kinabalu.

Kata Raja Mohamad Amin, semakin hampir tiba di puncak, semakin sukar cabaran yang harus ditempuhi.

“Angin terlalu kuat menyebabka­n kami terpaksa berlindung di sebalik batu besar sebelum meneruskan pendakian ke puncak.

“Syukur segalanya dipermudah­kan dan kami berjaya membawa nama universiti di puncak Gunung Kinabalu dengan jayanya.

“Lebih menggembir­akan, kami dipilih mewakili Lim Kok Wing University ke pertanding­an Festival Internatio­nal China pada hujung bulan Mei akan datang.

“Oleh itu, sebaik saja semester baru bermula awal bulan Mac nanti, kami akan terus mencari idea untuk menghasilk­an video yang terbaik di sana.

“Kalau boleh kami mahu mengangkat nama universiti dan Malaysia di mata dunia. Doakan kami berjaya,” katanya.

Selain itu, Raja Mohamad Amin juga sudah merancang untuk menawan Gunung Fuji di Jepun bagi projek semester ketiga mereka yang akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia