Harian Metro

Pakej harga patut

-

Idayu, Azim urus majlis perkahwina­n berkonsepk­an banglo mewah

“Lama kami mencari perunding perkahwina­n yang menyediaka­n semuanya tetapi hampa. Bertemu dengan pakej berkualiti dan disukai namun keperluan disediakan tidak lengkap. Kami perlu bertemu perunding perkahwina­n lain untuk memenuhi kekurangan, sudah tentu harga akan meningkat dan di luar kemampuan. Pakej pada harga murah pula kurang diminati lantaran kualiti tidak dijaga,” katanya.

Akhirnya Idayu dan Azim terpaksa juga memilih pakej secara ala carte walaupun kos perbelanja­an menjadi tinggi. Apa yang ada dalam fikiran mereka ketika itu alangkah baiknya sekiranya wang ini digunakan untuk keperluan lain seperti membeli barang kediaman dan juga membayar sewa rumah.

“Ketika itu kami sangat tertekan dan merasakan pasangan yang ingin melangsung­kan perkahwina­n turut berdepan masalah sama terutama yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Kebanyakan mempelai pastinya inginkan majlis meriah dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan tetapi pada harga yang berpatutan. Untuk majlis sekali seumur hidup ini, biarlah ia menjadi majlis yang akan diingati selamanya,” katanya.

Bagi mendapat konsep yang diinginkan, pasangan ini terlebih dahulu membuat kajian jenis perkahwina­n impian mempelai termasuk kos dan bajet mereka.

Pada masa sama, mereka melayari Internet untuk melihat tema yang sering diperkenal­kan di luar negara.

“Selain Internet saya banyak membaca majalah perkahwina­n luar negara untuk mendapatka­n idea. Hasilnya kami menemui sesuatu yang baru, segar dan belum pernah diperkenal­kan lagi iaitu perkahwina­n banglo mewah yang menampakka­n nilai kekeluarga­an dan keakraban persaudara­an. Meskipun konsep ini dari Barat namun kami sesuaikan dengan budaya masyarakat Melayu agar ia dapat diterima ramai,” katanya.

 ??  ?? AZIM dan Idayu di hadapan
banglo perkahwina­n di Ampang,
Selangor.
AZIM dan Idayu di hadapan banglo perkahwina­n di Ampang, Selangor.
 ??  ?? IDAYU dan suaminya, Muhammad Azim bersama-sama menguruska­n The Wedding Heritage.
IDAYU dan suaminya, Muhammad Azim bersama-sama menguruska­n The Wedding Heritage.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia