Harian Metro

Anak syurga penguat semangat

-

Reyna jadikan derita orang

lain ubati rasa kecewa gagal dalam rumah tangga

Melakukan kerja sukarela sejak menuntut di universiti, pengasas Move On Charity Team (MOCT) dan ibu kepada tiga cahaya mata ini menubuhkan MOCT sempena penerbitan buku pertamanya bertajuk Move On pada 2016.

“Saya masih ingat kali pertama saya mengajar tuisyen di rumah anak-anak yatim dan perkampung­an Orang

Asli. Timbul keseronoka­n melihat anak-anak comel itu dapat membaca dan menulis dengan baik,” katanya.

Namun selepas berumah tangga, kegiatan amal agak terbatas disebabkan ingin memberikan tumpuan kepada keluarga. Hanya selepas bergelar ibu tunggal, dia kembali aktif bagi mendapatka­n semangat akibat kegagalan dalam rumah tangga.

“Mulanya saya hanya berkunjung ke wad kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan tujuan ziarah dan mengisi masa lapang. Saya merasakan lawatan ke wad dan melihat perjuangan anak-anak ini membantu membina kembali semangat dan lebih mensyukuri nikmat Allah selepas perkahwina­n gagal. Hajat saya waktu itu adalah membantu diri sendiri bangkit semula.

“Di sana saya berkenalan dengan ibu hebat yang menjaga anak syurga. Saya mula mengetahui serba sedikit latar belakang anak syurga melalui Wan Shahriza, ibu kepada anak istimewa yang menjaga si kecil dengan penuh sabar dan reda. Saya sangat kagum,” katanya.

Bermula detik itu Reyna mula membaca kisah anak syurga pejuang kanser di Facebook. Dari situ dia banyak belajar untuk lebih kuat. Tanpa sedar Reyna merasakan dia tidak boleh bersendiri­an dalam melakukan kerja amal. Lantas dia mengajak tiga sahabat mengunjung­i wad bersamanya.

Bermula dengan bantuan kecil, lama-kelamaan ia menjadi aktiviti bulanan. Sehinggaka­n timbul keinginan untuk menyediaka­n platform yang lebih kukuh bagi mendekati anak-anak ini.

“Menerusi kerja amal ini baru saya tahu ramai memerlukan kereta sorong bayi dan ada yang perlukan kerusi roda tetapi mana mungkin saya dapat menyumbang kerana sumber kewangan saya juga terhad. Saya perlu kumpulan sokongan yang dapat membantu kumpulan yang memerlukan ini.

“Keinginan saya kuat untuk membantu anakanak ini kerana melalui perjuangan merekalah saya belajar mengenai kehidupan dan erti bersyukur yang sebenarnya,” katanya.

Jelas Reyna, dengan penubuhan MOCT semua aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar. Perkara pertama dilakukan adalah mengumpul barang dapur melalui kawan-kawan dan barangan ini dihantar ke pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU)

“Kami juga meneruskan program ziarah ke wad dan menghulurk­an beg cenderahat­i kepada pesakit kecil. Jika berkesempa­tan saya cuba bawakan badut untuk menghiburk­an anakanak agar mereka tidak bosan di wad,” katanya.

Perkara paling menyedihka­n sepanjang mengumpul keperluan ini ialah tidak sempat menyerahka­n barang yang diperlukan atau diinginkan oleh anak syurga apabila mereka dijemput pulang ke pangkuan Maha Esa.

Ada yang meninggal dunia

 ??  ?? Dulu saya rasakan sayalah paling terbeban,
tetapi sebenarnya ramai lagi yang mengalami nasib lebih teruk. Kisah
mereka menyedarka­n saya betapa nikmat Allah ada di manamana dan sangat luas. Hanya kita yang tidak melihatnya
Dulu saya rasakan sayalah paling terbeban, tetapi sebenarnya ramai lagi yang mengalami nasib lebih teruk. Kisah mereka menyedarka­n saya betapa nikmat Allah ada di manamana dan sangat luas. Hanya kita yang tidak melihatnya
 ??  ?? REYNA bersama rakan-rakan yang turut menyertai aktiviti MOCT.
REYNA bersama rakan-rakan yang turut menyertai aktiviti MOCT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia