Harian Metro

Autisme Color Run kutip RM24,000

-

Larian amal, Autisme Color Run 2018 anjuran Community

Active Network (CAN) berlangsun­g pada 20 Januari lalu berjaya meraih kutipan dana sebanyak RM24,000.

Program dilaksanak­an dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Autisme Cafe Project dan Early Autism Project ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan mempromosi­kan kesedaran mengenai autisme dalam kalangan masyarakat.

Usaha keras 13 mahasiswa Sarjana Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia mewakili Community Active Network ini mendapat perhatian lebih 800 pengunjung.

Selain mewujudkan kesedaran autisme, penganjura­n program ini turut memberi peluang kepada mahasiswa berkenaan melengkapk­an silibus kursus pengajian yang memerlukan mereka mengendali­kan projek komuniti berskala besar.

Menariknya, program berlangsun­g di Panggung Seni, UKM ini bertukar ceria dengan keletah kanak-kanak autisme yang berseronok dalam acara larian sambil diiringi ahli keluarga masingmasi­ng.

Larian santai sejauh lima kilometer menarik penyertaan seramai

538 peserta merangkumi 481 dewasa, 40 kanakkanak dan 17 lagi peserta autistik.

Bagi memastikan objektif program tercapai, sesi perkongsia­n mengenai autisme disampaika­n NASOM turut diselitkan dalam atur cara majlis.

Acara lelongan amal turut dilaksanak­an oleh Autisme Cafe Project membabitka­n produk seperti makanan dan aksesori, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk menderma.

Selain larian, Autisme Color Run 2018 turut mempelbaga­ikan aktiviti termasuk tarian zumba, gerai kecantikan dan kesihatan, pembabitan badut, seni lukisan wajah serta cabutan bertuah.

 ??  ?? CURAHAN warna ceriakan larian untuk autisme.
CURAHAN warna ceriakan larian untuk autisme.
 ??  ?? LARIAN kesedaran autisme untuk mengumpul dana.
LARIAN kesedaran autisme untuk mengumpul dana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia