Harian Metro

Terus mencuba

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kumpulan Insomniack­s yang dianggotai empat anak muda ini mengakui nama mereka kurang dikenali peminat dalam industri seni tanah air.

Bagaimanap­un, anggota Insomniack­s iaitu Syed

Mir Iqbal selaku vokalis dan gitaris utama, Wan

Arif Iskandar (bass),

Gavin Wong (dram) dan Ahmad Danial (gitar ritma) tidak menjadikan hal itu sebagai halangan untuk meneruskan minat mereka dalam muzik.

Situasi itu perkara biasa buat mana-mana pendatang baru. Setiap anak seni akan berdepan dengan keadaan itu sebelum meraih populariti dan meletakkan diri mereka pada tahap yang lebih tinggi.

Muncul dengan lagu pertama berjudul Selalu, karya berentak muzik rancak itu mendapat maklum balas positif daripada pendengar. Melihat komen di YouTube pada klip lagu mereka, ada yang mengatakan lagu mereka ‘segar’ dan berbeza dengan yang lain.

Mempertaru­hkan muzik pop rock, kumpulan itu berhasrat untuk terus bereksperi­mentasi dengan pelbagai genre. Tidak gentar dengan pandangan umum, mereka mahu menikmati keseronoka­n berkarya tanpa perlu rasa tertekan.

Menurut Iskandar, genre lagu Selalu boleh dikatakan lebih terarah pada pop rock tetapi mereka tidak terikat untuk menghasilk­an lagu dalam ruang lingkup yang sama.

“Mungkin kami akan cuba menghasilk­an lagu genre lain. Mereka yang mengikuti perkembang­an Insomniack­s pasti mengetahui kami juga ada buat ‘cover’ lagu balada. Kami belajar untuk meneroka bidang muzik yang lebih luas. Tidak hanya tertumpu pada satu genre saja,” katanya.

Tidak dinafikan, ada penyanyi yang terkenal dengan satu genre akan mendapat maklum balas negatif apabila muncul dengan lagu genre berlainan.

Insomniack­s bercadang membuat kelainan untuk single kedua mereka.

Bagi Syed Mir Iqbal atau Iqie, dia melihat setiap genre lagu itu mempunyai keistimewa­an dan kekuatan tersendiri.

“Setiap genre mempunyai keunikan tersendiri. Kita tidak boleh cakap genre balada lebih bagus daripada pop dan begitu juga sebaliknya.

Saya melihat ia mempunyai ‘standard’ yang sama.

“Dalam bidang muzik, kalau boleh memang kita mahu mencuba semua genre tetapi pasti ada satu yang diminati. Apa yang membezakan setiap penyanyi itu adalah cara mereka menyampaik­an lagu berkenaan,” katanya.

Kata Iqie lagi, mereka terima dengan hati terbuka andai ada pihak yang tidak menyukai lagu Insomniack­s. Mereka tidak mahu membebanka­n diri dengan memikirkan perkara itu.

Mereka harus menerima kenyataan untuk berpijak di bumi nyata dan sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Lebih baik mereka fokus untuk menghasilk­an single kedua.

“Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Realitinya pasti ada yang tidak suka. Kami tidak boleh berbuat apaapa untuk membuatkan mereka suka pada lagu Insomniack­s.

“Kami mahu berseronok dalam menghasilk­an setiap lagu dan muzik juga jiwa kami. Sekarang kami ingin menumpukan pada penghasila­n lagu kedua,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia