Harian Metro

Asyraf Mustafa

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Mungkin ramai pendengar tidak menyedari kewujudan Radio JKT yang bersiaran dari Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar Perumahan & Kerajaan Tempatan, Putrajaya sejak tahun lalu.

Radio yang dirancang di bawah Teras Ke-6 iaitu Komunikasi Berkesan dalam Pelan Transforma­si PBT ini diwujudkan bagi menyampaik­an dasar kerajaan secara terusmener­us kepada rakyat.

Ia yang boleh diakses di http://radiojkt.kpkt.gov. my bersiaran 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu.

Radio JKT mempunyai sembilan penyampai terdiri daripada kakitangan KPKT iaitu Muss, Dilla, Nisya, Khai, Sumey, Zul, Azlinda, Achiq dan Nadya.

Achiq, 27, atau Asyraf Mustafa berkata, terdapat pelbagai segmen yang dikendalik­an penyampai bertugas mengikut jam tertentu.

“Banyak segmen ditampilka­n antaranya

Top Stories of the day yang bersiaran pada Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari, Kepochi KPKT (IsninJumaa­t, 12 tengah hari - 12.30 tengah hari), Teh Tarik SeSSion (Isnin-Jumaat, 3 petang - 4.30 petang), Coffee Chat (Isnin-Jumaat, 8.30 pagi - 10.30 pagi) dan hello pbt (Isnin-Khamis, 10.30 pagi - 12 tengah hari).

“Selain itu, kami juga ada segmen automatif, laporan trafik dan wawancara khas yang bertujuan menyampaik­an maklumat secara terus dan tepat terutamany­a kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Selepas jam 4.30 petang kami akan memutarkan lagu-lagu menarik untuk pendengar,” katanya.

Biarpun bersifat penyampai maklumat, Radio JKT tidak meminggirk­an dunia hiburan apabila menampilka­n Kaki Seni yang mengundang artis ke konti untuk bercerita pengalaman seni masingmasi­ng.

“Sebelum ini, ia bersiaran pada setiap Rabu tapi mulai 2018, Kaki Seni ditukar kepada Isnin jam 2.30 petang hingga 3.30 petang yang dikendalik­an oleh saya.

“Sebagai pembuka tirai, saya menjemput penyanyi Rozita Rohaizad dan Izzmad Harun untuk berkongsi pengalaman seni mereka terutamany­a membintang­i drama pendek berjudul Jalan Ini,” katanya.

Achiq yang pernah bekerja sebagai kakitangan suara latar di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) gembira dengan sambutan peminat terhadap segmen itu.

“Kita dapat mendengar pengalaman di belakang tabir mereka menjayakan drama ini. Biarpun ia hanya drama pendek, bukan mudah untuk menghasilk­annya.

“Saya sendiri gembira kerana turut ditawarkan berlakon dengan membawakan watak utama dan ia satu bonus,” katanya yang pernah tampil sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama.

Sementara itu, Rozita dan Izzmad mengakui seronok berkongsi pengalaman membintang­i drama arahan Zayrul Iqwan Rosli terbitan Dramatis Studio.

“Ia satu benda baru buat saya. Biarpun sudah lama jadi artis, saya masih dalam proses pembelajar­an.

“Pelancaran akan dibuat pada 7 Februari ini di 137

Cafe & Bistro, Ampang Waterfront. Drama ini akan dimuat naik di YouTube pada bulan ini,” katanya.

 ?? FOTO ?? (DARI kiri) Izzmad Harun, Rozita Rohaizad dan Asyraf Mustafa pada sesi wawancara Kaki Seni Radio JKT di Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar
Perumahan & Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Selain itu, kami juga ada segmen automatif, laporan trafik dan wawancara khas yang bertujuan menyampaik­an maklumat secara terus dan tepat terutamany­a kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selepas jam
4.30 petang kami akan memutarkan lagu-lagu menarik kepada pendengar
FOTO (DARI kiri) Izzmad Harun, Rozita Rohaizad dan Asyraf Mustafa pada sesi wawancara Kaki Seni Radio JKT di Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar Perumahan & Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Selain itu, kami juga ada segmen automatif, laporan trafik dan wawancara khas yang bertujuan menyampaik­an maklumat secara terus dan tepat terutamany­a kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selepas jam 4.30 petang kami akan memutarkan lagu-lagu menarik kepada pendengar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia