Harian Metro

Tebusan 4 hari

- Syazwan Msar dan Nur Sufiah Abd Halim news@nstp.com.my

 Bekas Sarjan Detektif kongsi pengalaman jadi tawanan dalam peristiwa hitam perangi Al-Ma’unah

Pengalaman menjadi tebusan kepada peristiwa hitam dalam memerangi anggota Al-Ma’unah antara kejadian yang tidak dapat dilupakan bekas Sarjan Detektif Mohd Shah Ahmad, 65, sepanjang berkecimpu­ng sebagai anggota polis.

Malah bunyi tembakan yang hanya dilepaskan beberapa inci dari kepala hingga meragut nyawa rakannya, Detektif Sarjan R Sagadevan antara situasi yang tidak dapat dilupakan sehingga kini kerana perkara itu memisahkan­nya antara hidup dan mati.

Menceritak­an pengalaman terbabit, Mohd Shah yang mula berkecimpu­ng sebagai anggota polis pada 1970 di Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka diarahkan ke kawasan Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada Julai 2000 untuk melakukan risikan dan pemantauan.

“Arahan itu diterima selepas berlakunya penceroboh­an 15 lelaki menyamar anggota tentera berpangkat kapten dan leftenan kolonel sebelum melarikan sejumlah alat komunikasi dan senjata api dari pos kawalan dan kem tentera di Grik.

“Ketika melakukan risikan, saya bersama Sagadevan ditahan anggota kumpulan terbabit dan berlaku peristiwa yang tidak dapat dilupakan apabila mendiang ditembak di sebelah saya menyebabka­n darahnya terpercik dan kepalanya hancur,” katanya.

Mohd Shah antara 13 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang diberikan kepada 13 pesara PDRM di atas sumbangan dan pengorbana­n mereka semasa berkhidmat, baru-baru ini.

Beliau berkata, dia terpaksa menggunaka­n taktik berbuat baik kepada semua anggota kumpulan berkenaan selain turut menceritak­an perkara sedih supaya semangat mereka pudar, sekali gus matlamat asal dilupakan.

“Selama empat hari menjadi tebusan, setiap hari anggotanya akan berbisik bahawa riwayat hidup saya akan ditamatkan pada bila-bila masa saja dan lakukan persiapan termasuk membersihk­an diri serta melakukan solat taubat.

“Saya juga diminta menggali kubur sendiri dan menyediaka­n beberapa peralatan lain bagi memudahkan urusan pengebumia­n nanti,” katanya.

Namun, ketika fikirannya sudah memikirkan ajal bakal tiba, akhirnya beliau diselamatk­an oleh pasukan keselamata­n sebelum dibawa keluar dari lokasi terbabit

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro dan Metro Ahad berhubung kejadian rampasan senjata api kumpulan Al-Ma’unah.
LOKASI insiden rampasan senjata api kumpulan Al-Ma’unah di Kampung Jenalik pada tahun 2000.
LAPORAN Harian Metro dan Metro Ahad berhubung kejadian rampasan senjata api kumpulan Al-Ma’unah. LOKASI insiden rampasan senjata api kumpulan Al-Ma’unah di Kampung Jenalik pada tahun 2000.
 ?? Mohd Shah Ahmad ?? Saya bersyukur kepada Tuhan umur saya masih panjang dan walaupun peristiwa itu sudah 17 tahun berlalu namun ia masih lagi segar dalam ingatan malah terbawabaw­a dalam mimpi”
Mohd Shah Ahmad Saya bersyukur kepada Tuhan umur saya masih panjang dan walaupun peristiwa itu sudah 17 tahun berlalu namun ia masih lagi segar dalam ingatan malah terbawabaw­a dalam mimpi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia