Harian Metro

400,000 dapat manfaat

-

Sik: Kira-kira 400,000 penerima bantuan seluruh negara menerima sumbangan daripada Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) di bawah program UMNO Bantu Rakyat 2.0 sejak ia dilancarka­n Mei tahun lalu.

Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia membabitka­n peruntukan RM20 juta kepada golongan sasar daripada keluarga kurang berkemampu­an tanpa mengira kaum dan warna parti politik.

“Untuk program UMNO Bantu Rakyat 2.0 saja, ia memberi manfaat kepada 400,000 penerima bantuan secara konsisten dan ini tidak termasuk UMNO Bantu Rakyat 1.0 yang dimulakan lebih awal dua tahun lalu.

“Segala bantuan ini kita pelbagaika­n mengikut keperluan rakyat seperti kepada ibu tunggal dan pembukaan

akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 1 Malaysia untuk masa depan pendidikan murid bermula dari sekolah rendah.

“Ini membuktika­n UMNO bukan bagi bantuan tetapi satu pelaburan jangka panjang yang dapat mendidik keluarga untuk menabung demi masa depan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian selepas Majlis UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran BiKUM dan UMNO Bahagian Sik di Dewan Serbaguna Pejabat UMNO Sik di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sik Dr Mansor Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagianny­a Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Pada majlis berkenaan, 500 murid sekolah rendah menerima sumbangan pembukaan akaun SSPN 1 Malaysia RM100 seorang daripada BiKUM, selain bantuan kit makanan dan barangan keperluan kepada ibu tunggal.

 ??  ?? DR SHAMSUL Anuar (tiga dari kanan) bersama Mohd Tajudin (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas, semalam.
DR SHAMSUL Anuar (tiga dari kanan) bersama Mohd Tajudin (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia