Harian Metro

5 pengedar ditahan bersama dadah RM1.43j

-

Johor Bahru: Polis Johor menahan lima individu dipercayai pengedar dadah sejak empat bulan lalu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.43 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Nusa Bestari, Skudai, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata tiga lelaki tempatan berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun, seorang wanita tempatan berumur 44 tahun serta seorang wanita warga Vietnam berumur 22 tahun itu ditahan pada jam 12.10 tengah malam selepas polis menjalanka­n risikan sejak empat bulan lalu.

“Kesemua dadah yang dirampas adalah serbuk ekstasi seberat lebih 10.2 kilogram (kg), ketamin 5.62 gram, syabu 140.01 gram, 130 biji pil Eramin 5 seberat 37.53 gram serta empat pil ekstasi seberat 1.45 gram,” katanya kepada wartawan di sini, semalam.

Mohd Khalil berkata, pemeriksaa­n mendapati, sebahagian dadah itu diedar dengan cara mencampurk­annya ke dalam peket serbuk minuman teh berperisa mangga bagi mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata polis merampas beberapa bahan dan peralatan dipercayai bagi memproses dadah berkenaan termasuk empat botol cecair berperisa mangga, dua botol berisi serbuk merah, alat pemampat dan alat penimbang digital.

Katanya polis turut menyita sebuah kereta Audi dan Proton Waja serta wang tunai RM900.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kelima-lima mereka positif dadah jenis methamphet­hamine dan ketamin. Dua lelaki pula mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Kesemua mereka kini direman sehingga 8 Feb ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Khalil berkata, pihaknya akan melakukan operasi membantera­s kegiatan lumba haram dan samseng jalanan dalam tempoh terdekat khususnya menahan individu yang mengubah suai bunyi ekzos motosikal.

“Polis Johor akan menggerakk­an kekuatan bagi mengadakan rondaan membabitka­n rondaan kawalan khusus ala CHiP (California Highway Patrol) iaitu dengan mengawal dua laluan secara serentak, rondaan juga dilakukan di kawasan bandar utama antaranya Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Segamat,” katanya.

 ??  ?? MOHD Khalil menunjukka­n pelbagai dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
MOHD Khalil menunjukka­n pelbagai dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia