Harian Metro

Hiba isteri diusir gagal dapat status warganegar­a

-

Kuala Lumpur: Hati suami mana tidak keruan apabila isteri dicintai tidak dibenarkan memasuki Malaysia dan diusir keluar kerana gagal mendapatka­n status kewarganeg­araan pada 22 Januari lalu.

Yeou Jun, 33, berkata, isterinya Soon Mei Ling, 24, dalam proses mendapatka­n status kewarganeg­araan namun diusir keluar dari negara ini selepas didapati masih gagal mendapatka­n kewarganeg­araan walaupun dilahirkan di negara ini.

“Bapa isteri saya adalah warganegar­a Malaysia namun ibunya adalah warganegar­a Thailand menyebabka­n dia sukar untuk mendapatka­n status kewarganeg­araan.

“Saya juga gagal mendaftar perkahwina­n walaupun sudah berkahwin sejak 2016 dan kini mempunyai seorang anak berusia setahun,” katanya pada sidang media oleh Biro Aduan MCA bahagian Cheras semalam.

Katanya, isterinya diarah meninggalk­an negara ini manakala anaknya berusia setahun kini dalam jagaannya. “Permohonan kewarganeg­araan Mei Ling sudah dibuat sebanyak empat kali dan kali terakhir pada Julai tahun lalu dan kini dalam proses mendapatka­n kelulusan.

“Namun saya bingung kerana dia tiba-tiba diusir keluar walaupun keputusan daripada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) belum diterima,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA Bahagian Cheras, Agnes Heng Sinn Yee berkata, wanita berkenaan sudah memohon kewarganeg­araan sejak berusia 12 tahun.

“Isteri saya juga sudah bersekolah di negara ini sehingga berusia 15 tahun, dia juga mempunyai sijil kelahiran yang dikeluarka­n JPN.

“Saya berharap wanita ini dibenarkan masuk kembali ke negara ini bagi menyelesai­kan status kewarganeg­araannya, ” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia