Harian Metro

Penjara enam tahun

- Muhamaad Razis Ismail news@nstp.com.my

 Buruh didakwa rompak kereta, wang tunai RM3,000 milik wanita

Padah merompak kereta dan wang tunai RM3,000 milik seorang wanita, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen, semalam.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Zamli Mamat, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak kereta Proton Iswara milik Nazilah Hasbullah, 51, yang mengandung­i pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai RM3,000 di Kampung Jerus, Selising, Pasir Puteh pada jam 12.30 tengah hari, 4 November 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa memperlaha­nkan kenderaann­ya kerana ada sekatan jalan raya, tertuduh secara tiba-tiba masuk ke dalam kereta mangsa sebelum mengugut untuk menikamnya sekiranya menjerit.

Tertuduh terus memandu kereta mangsa hingga ke arah Kota Bharu dan menurunkan­nya di tepi jalan sebelum melarikan kereta terbabit bersama wang tunai itu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Siti Syaerah Meor Zul-kefli Auni merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menyara keluarga.

“Isteri tertuduh melahirkan anak ketiga mereka ketika tertuduh ditahan reman selepas ditangkap pada 7 November tahun lalu,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon tertuduh dikenakan hukuman yang mampu memberi pengajaran kepadanya dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

 ?? FOTO: MUHAMAAD RAZIS ISMAIL ?? ZAMLI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.
FOTO: MUHAMAAD RAZIS ISMAIL ZAMLI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia