Harian Metro

Saran anak muda bangun FELDA

-

“Dulu masa sekolah belum ada api

(elektrik), belum ada air malah saya merasa pergi menoreh getah sebelum pergi sekolah,” kata Rohana Suleiman, 40, dari FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor.

Beliau adalah seorang penerima Anugerah Kepimpinan Terbilang Beliawanis FELDA Malaysia daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pelancaran FELDA 2.0 di FELDA Lurah Bilut di sini, hari ini.

Menurut ibu tiga anak berusia 15 hingga 19 tahun itu, sekarang anak dalam FELDA sangat beruntung sebab mempunyai banyak kemudahan.

“Celik-celik mata dah ada Internet malah pergi sekolah mak ayah bawa dengan kereta.

“Dulu saya masa sekolah tak pernah walaupun dalam peperiksaa­n dapat nombor satu mak abah tak sempat datang sebab mereka sibuk bekerja dan pergi ke kebun,” katanya dalam nada sebak.

Namun katanya, semua kepayahan itu dijadikan sebagai penguat jati diri untuknya terus mengorak langkah ke depan.

“Saya nak anak pandai dan saya akan korbankan masa. Sebab itu saya berniaga supaya ada masa untuk anak,” katanya.

Dia sebagai seorang kakak daripada generasi kedua

FELDA menasihatk­an generasi baru agar melihat kembali susah-payah ibu bapa dulu membuka rancangan FELDA dan turut mengambil inisiatif untuk membangunk­annya.

“Jangan mudah melatah dan jangan cepat fikir negatif, tetapi cuba balik semula ke rancangan asal, tengok bagaimana susah payah mak ayah kita masuk FELDA.

“Boleh tak mereka buat macam mana mak ayah kita buat!

“Anak muda FELDA sekiranya mereka ada idea dan ilmu yang boleh dimanfaatk­an kepada FELDA, silalah bawa ke FELDA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia