Harian Metro

Kembang bakat tenaga pakar, profesiona­l

-

Kuala Lumpur: Malaysia terus giat melaksanak­an pelbagai inisiatif dalam merancakka­n pertumbuha­n ekonomi serta aliran pelaburan luar ke dalam negara sebagai usaha untuk menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

Bagaimanap­un, usaha berkenaan dilihat bakal mempunyai cabarannya tersendiri di mana antara penyumbang utamanya adalah sektor bakat seperti tenaga pakar dan profesiona­l.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest KL Corporatio­n (Invest KL) Datuk Zainal Amanshah berkata, untuk bergerak ke arah negara maju dan berpendapa­tan tinggi, cabang bakat adalah perkara utama untuk dilengkapk­an.

Beliau berkata, ekonomi sedang berkembang maju ke arah sektor pendigital ketika ini menyebabka­n segmen pekerjaan menjadi semakin berbeza dari sebelumnya.

“Ketika ini keperluan sesuatu industri dengan pekerjaan jurutera mungkin berlainan berbanding dahulu kerana kehendak pasaran yang memerlukan individu jurutera itu untuk menjadi lebih analitik.

“Selain itu, syarikat juga mempunyai keperluan untuk mengupah saintis data serta bakat yang boleh memberikan idea yang lebih kreatif dan memberi manfaat kepada organisasi­nya.

“Bakat perlu berevolusi dengan pantas dalam merealisas­ikan cita-cita negara serta berdepan dengan cabaran masa hadapan,” katanya ketika ditemui, di sini.

InvestKL ditubuhkan pada 2011 dan diberi mandat oleh kerajaan untuk menarik dan membantu pelaburan multinasio­nal asing ke Greater KL/Lembah Klang dengan sasaran menarik 100 syarikat multinasio­nal menjelang 2020.

Setakat ini entiti yang diberi tanggungja­wab untuk mengubah Kuala Lumpur sebagai bandar raya moden dan berkembang pesat berjaya menarik 73 syarikat multinasio­nal dengan kebanyakan mereka dari Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia Pasifik dan negara Teluk.

Malah, Kuala Lumpur juga sentiasa menjadi pilihan bagi pembukaan pusat sehenti global, hab prinsipal dan pusat kecemerlan­gan yang mana ia adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosi­kan pelaburan berkualiti tinggi.

 ?? Zainal Amanshah ?? Syarikat juga mempunyai keperluan untuk mengupah saintis data serta bakat yang boleh memberikan idea yang lebih kreatif dan memberi manfaat kepada organisasi­nya”
Zainal Amanshah Syarikat juga mempunyai keperluan untuk mengupah saintis data serta bakat yang boleh memberikan idea yang lebih kreatif dan memberi manfaat kepada organisasi­nya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia