Harian Metro

Labur RM15 juta

- Sofyan Rizal Ishak news@nstp.com.my

 AEON rancang buka 3 lagi Maxvalu Prime

AEON CO (M) Bhd (AEON) merancang membuka satu hingga tiga cawangan baru pasar raya Maxvalu Prime bagi tahun ini dengan purata pelaburan RM5 juta bagi setiap cawangan.

Pengarah Eksekutifn­ya, Poh Ying Loo berkata pada peringkat awal pembukaan cawangan pasar raya itu akan memfokus di kawasan bandar sekitar Lembah Klang sebelum diperluask­an ke luar Lembah Klang pada masa depan.

“Tahun ini, kami juga merancang untuk membuka AEON General Merchandis­e Stores di Kuching, Sarawak dengan pelaburan RM200 juta hingga RM300 juta,” katanya di majlis pelancaran cawangan Maxvalu Prime dan farmasi AEON Wellness di sini, semalam.

Ia menyaksika­n AEON membuka cawangan ketiga Maxvalu Prime di Bangsar South selepas pembukaan cawangan pertama di Sunway Velocity, Cheras dan kedua di Evo Bangi.

Beliau berkata, pembukaan cawangan ketiga terbaru itu dijangka melonjakka­n komuniti beli-belah di Bangsar South kerana kawasan itu memiliki kepadatan tenaga kerja dan penduduk yang tinggi berikutan ia terdiri daripada kombinasi bangunan komersial dan kediaman.

“Kami menyasarka­n seramai 15,000 hingga 20,000 pengunjung akan membeli-belah di pasar raya ini pada setiap minggu dengan menawarkan pengalaman beli-belah baik kepada pelanggan melalui penyediaan pelbagai produk dan ruang makanan serta minuman,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Poh berkata, AEON optimis industri peruncitan negara mampu mencatatka­n prestasi positif berikutan jangkaan sentimen pengguna yang lebih baik pada tahun ini.

“Pengumuman inisiatif berkaitan pengguna pada Bajet 2018, pengukuhan nilai ringgit dan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil ini menyumbang kepada sentimen positif sekali gus memberi manfaat kepada peruncit di Malaysia,” katanya. Technology Park Malaysia Corporatio­n Sdn Bhd (TPM) dan Green Planet Energy Co Ltd (GPE) Korea Selatan menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi kerjasama dalam projek tenaga boleh diperbahar­ui ladang solar berskala besar dan projek Biomass.

Memorandum yang dimeterai antara dua pihak ini menjangkak­an TPM akan menjadi wakil atau sumber pengedar eksklusif produk solar-powered GPE (dengan sokongan teknikal) di Malaysia bagi 10 tahun ke depan.

GPE ditubuhkan pada 2014 dengan perniagaan utamanya adalah penjanaan kuasa tenaga boleh diperbahar­ui.

Memorandum itu termeterai antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Mohd Azman Shahidin dan Ketua Pegawai Eksekutif GPE, Dong Jin Sin.

Azman berkata, kolaborasi itu mungkin dapat melihat penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) sebagai entiti pembeli tenaga boleh diperbahar­ui (PPE), yang penggunaan­nya kurang daripada 100MW setahun.

 ??  ?? DARI kiri, Pengurus Stor AEON, Fong Ken Yen, Poh, Pengurus Besar Operasi Perniagaan Khas AEON, Ahmad Fazli Abu Bakar dan Pengarah Eksekutif Perniagaan AEON Co (M) Bhd, Hiroyuki Kotera pada perasmian Pasaraya AEON Maxvalu Prime, The Sphere, Bangsar South.
DARI kiri, Pengurus Stor AEON, Fong Ken Yen, Poh, Pengurus Besar Operasi Perniagaan Khas AEON, Ahmad Fazli Abu Bakar dan Pengarah Eksekutif Perniagaan AEON Co (M) Bhd, Hiroyuki Kotera pada perasmian Pasaraya AEON Maxvalu Prime, The Sphere, Bangsar South.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia