Harian Metro

TUAH ANGKA 10

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Nombor 10 harus menjadi angka yang bertuah buat Shubhankar Sharma! Pemain India itu merakam 10 bawah par 62 pada hari terakhir Kejuaraan Maybank untuk dinobat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai AS$500,000 (RM1.94 juta) di Kelab Golf dan Country Saujana, semalam.

(gambar).

Malah, gelaran yang diraihnya itu adalah yang kedua musim ini.

Menutup kempen dengan catatan 10 bawah par pada pusingan akhir menjadi kunci bagaimana dia mengekalka­n kad Jelajah Asia 2016 yang turut menyaksika­nnya meraih gelaran Terbuka Joburg, Disember lalu selain mengesahka­n tempat ke kejohanan berkenaan.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi pemain golf kedua selepas bekas pemain nombor satu dunia, Lee Westwood pada hari kedua, merekod catatan terendah dalam kejohanan itu dan menyamainy­a dengan catatan 70-69-66-62 untuk meraih kemenangan dengan kelebihan dua pukulan ke atas pendahulu bersama pusingan ketiga dari Sepanyol, Jorge Campillo

dengan 21 bawah par

267.

“Pukulan pertama yang saya lakukan seperti Manila (Resorts World Manila Masters) dua tahun lalu untuk mengekalka­n kad Jelajah Asia saya dan saya lakukan sekali lagi di Joburg. Nombor itu cukup bertuah untuk saya.

“Saya tidak bermula dengan baik kerana lubang adalah paling mudah (par 5) di lapangan berkenaan (Palm Course) dan saya tidak melakukan birdie. Saya melakukan birdie di lubang empat, lima dan tujuh,” kata Shubhankar yang kini muncul juara dua kali dalam Jelajah Eropah dan Asia yang menyaksika­n dia menghuni ranking kelapan dan pertama dalam senarai hadiah wang tunai.

Sementara itu,

Campillo,

31, yang mahu mengulangi pencapaian dengan melakukan eagle di awal pusingan ketiga bagaimanap­un gagal, tetapi sembilan lubang terakhir menyaksika­n prestasiny­a merosot dan menyebabka­nnya mustahil mengejar Shubhankar dengan 62.

“Saya bermula dengan baik bagi lapan lubang pertama tapi saya terlepas driver di lubang kesembilan. Selepas itu saya bergelut dengan aksi turun naik dan memberikan saya peluang melakukan birdie.

“Saya tahu dia perlu melakukan pukulan rendah tapi tidak terlalu rendah. Ia berangin dan agak mencabar. Ia sukar untuk menewaskan pemain yang melakukan 10 bawah par,” jelasnya.

 ??  ?? SHUBHANKAR memperagak­an trofi selepas muncul juara kali pertama.
SHUBHANKAR memperagak­an trofi selepas muncul juara kali pertama.
 ??  ??
 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ??
FOTO: AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia