Harian Metro

Optimis kemampuan skuad kebangsaan

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Teo Ee Yi

yakin dengan kemampuan skuad negara untuk muncul juara Kumpulan C serta tidak berdepan masalah menumpaska­n pasukan pilihan yang juga tuan rumah Piala Thomas 2018, Thailand menjelang aksi pembukan Kejohanan Berpasukan Asia yang membuka tirai esok.

Menurut pemain kelahiran Muar itu, dia memang menghormat­i Thailand yang boleh dikatakan amat kuat dalam acara beregu lelaki namun kebanyakan perlawanan ketika bertemu pasangan negara itu, semuanya berpihak kepada mereka.

“Taiwan pun tidak boleh diperkecil­kan kemampuan beregu lelaki mereka tapi bagi saya dan Ong Yew Sin, kami berada dalam prestasi terbaik serta bersedia untuk berdepan mereka,” kata Ee Yi.

Jelasnya, mereka akan bermain bermati-matian menjelang aksi peringkat kumpulan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan kali ini berasa lebih yakin berbanding kejohanan sama di Hyderabad dua tahun lalu.

(gambar)

“Kali ini kami lebih yakin. Mungkin dua tahun lalu saya baru saja berganding­an dengan Yew Sin. Bagaimanap­un, ketika itu kami tetap beraksi dengan baik. Saya harap tuahnya berterusan dan kami mampu untuk membuatkan peminat tempatan bangga.

“Turun sebagai beregu kedua, kami rasa peluang untuk menyumbang mata buat pasukan 50-50. Saya tidak cakap kami terlalu yakin untuk menang, tapi kami mempunyai semangat sebab akan bermain di depan penonton sendiri,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Ee Yi juga bersedia untuk berdepan dengan pasangan nombor lapan dunia dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Lee Yang, yang dijangka diturunkan sebagai pasangan kedua negara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia