Harian Metro

10 daerah rebut juara takraw MSSS

- Mohd Izzuddin Kamaruddin sukan@hmetro.com.my Rosman Shamsudin sukan@hmetro.com.my

Kajang: Behrang: Sebanyak 10 daerah serta sekolah sukan, SMK Seksyen 11 akan berentap pada kejohanan sepak takraw Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Azlan Shah, di sini.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah

(MSSD) Hulu Selangor itu berlangsun­g selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis ini.

Ia mempertand­ingkan beberapa kategori termasuk acara berpasukan dan regu di bawah 12, 15 dan 18 tahun dalam usaha mencungkil bakat dan potensi murid serta pelajar dalam sukan sepak takraw di negeri itu.

Naib pengerusi ahli jawatankua­sa pelaksana, Rosli Sulaiman berkata, gelanggang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh penganjur diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pemain pada kejohanan itu.

Menurutnya, pemain perlu memanfaatk­an segala kemudahan

yang ada dengan bermain penuh semangat kesukanan dan mempamerka­n bakat sedia ada dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain negara untuk masa depan.

“Kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat baru dan memilih pemain sepak takraw di negeri ini membabitka­n sekolah rendah dan menengah sebagai persediaan ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor.

“Ini tempat dan medan yang sesuai untuk pemain menunjukka­n kehebatan serta kebolehan dalam sukan sepak takraw supaya usaha untuk melahirkan pemain negara untuk masa depan tercapai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSLI (depan dua dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa pelaksana tekad memastikan kejohanan lancar.
ROSLI (depan dua dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa pelaksana tekad memastikan kejohanan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia