Harian Metro

Kejutan SK Sungai Lui

-

Pasukan bukan pilihan, SK Sungai Lui gah membenam cabaran pasukan lain apabila muncul juara kejohanan sepak takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) di SMK Taman Jasmin 2, baru-baru ini.

Terletak terpencil di kawasan perkelahan Hulu Langat, regu SK Sungai Lui yang dibarisi Ahmad, Afif, Ahmad Syamil Iqbal dan Ammar Fakriq serta pemain gantian Dzul Hakim bagaimanap­un bekerja keras untuk mengatasi cabaran regu

(gambar)

SK Bandar Rinching A pada perlawanan akhir.

Begitupun regu tunggal dari SK Sungai Lui bermula hambar selepas tewas pada set pertama 7-15 sebelum bangkit pada set kedua 15-8 dan memenangi penentuan set ketiga 15-13 sambil disaksikan Pengerusi PIBG SK Bangi, Dr Mohd Ridzwan Yaakub dan Pengetua SMK Taman Jasmin 2, Noor Lailah Muhammad Zain.

Terdahulu, SK Sungai Lui mudah menjinakka­n juara bertahan, SK Sungai Jelok (15-13, 17-15) sementara SK Bandar Rinching A mengatasi cabaran SK Lembah Jaya B (15-11, 15-9) pada separuh akhir.

Buat julung kalinya, kejohanan MSSDHL 2018 mendapat suntikan semangat menerusi tajaan minuman isotonik dan bertenaga Forca, pakaian sukan Figos dan bola rasmi buatan tempatan, Gajah Emas sepanjang kejohanan berlangsun­g.

Kejohanan sepak takraw MSSDHL peringkat sekolah rendah yang berlangsun­g dari 23 hingga 26 Januari lalu menghimpun­kan sejumlah 35 sekolah di seluruh daerah Hulu Langat.

Sebanyak 75 regu menyertai perlawanan peringkat awal dengan format liga berkumpula­n sebelum 35 pasukan berentap pada saingan kalah mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia