Harian Metro

Pazzini hampakan Real

- AFP

 Gol penyamaan hujung aksi penyerang Levante rencat misi lawan kejar Barca

Milan: Inter Milan diejek di San Siro selepas deretan tanpa kemenangan mereka dalam kempen Serie A berlarutan kepada lapan perlawanan apabila diikat 1-1 oleh kelab kerdil, Crotone, awal pagi semalam.

Pemain Brazil, Eder meletakkan tuan rumah di depan menerusi tandukan pada minit ke-23 tetapi ia disamakan oleh Andrea Barberis, 15 minit selepas babak kedua berlangsun­g.

Keputusan itu menyaksika­n Inter terus buntu untuk meraih kemenangan dalam tempoh dua bulan selain keputusan seri keempat berturut-turut di laman sendiri.

Kapten Inter, Mauro Icardi hanya menyaksika­n perlawanan dari tempat duduk penonton susulan kecederaan dengan pemain yang baru dibeli, Rafinha dimasukkan lewat permainan bagi menggantik­an Antonio Candreva.

Mereka begitupun diejek oleh penonton yang turut memaparkan kain rentang “Bangun... mari kembali meraih kemenangan” di kawasan tempat duduk selepas perlawanan.

Bekas penyerang kebangsaan Itali, Giampaolo Pazzini menjaringk­an gol penyamaan lewat dramatik ketika Levante mengikat penyandang juara, Real Madrid 2-2 pada aksi La Liga Sepanyol, awal pagi semalam.

Keputusan seri di laman lawan itu menyaksika­n skuad kendalian Zinedine Zidane kini ketinggala­n 18 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Sergio Ramos menanduk masuk pada minit ke-11 untuk membenarka­n pelawat mendahului perlawanan yang juga gol ke-50 buatnya dalam kempen La Liga, tetapi Levante menyamakan kedudukan sebelum babak pertama berakhir menerusi Emmanuel Boateng.

Isco yang tampil dari bangku simpanan kembali meletakkan Real di depan pada minit ke-81 tetapi Pazzini mengejutka­n benteng pertahanan pelawat yang tampak bergelut apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-89 pada aksi pertamanya.

“Kami mengawal permainan, terutama pada babak pertama dan di separuh masa kedua, kami berjaya melakukan perkara yang paling sukar iaitu kembali ke permainan dan menjaringk­an gol kedua,” kata Zidane.

“Selepas itu kami sepatutnya sudah bersedia, kami boleh mengelak gol kedua lawan, tapi kami tidak melakukann­ya dan ia semakin sukar kerana dua mata sudah dibazirkan.”

Satu-satunya peluang realistik Real untuk menjulang trofi musim ini adalah dalam kempen Liga Juara-Juara tetapi mereka berdepan laluan sukar termasuk dijadual bertemu kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain pada pusingan 16 terakhir.

“Kami perlu bekerja lebih keras, ini bola sepak dan lawan sentiasa berada di sana dan memberikan kesukaran kepada anda,” kata Zidane.

 ??  ?? JARINGAN penyamaan Pazzini sekat hajat Real bawa pulang tiga mata.
JARINGAN penyamaan Pazzini sekat hajat Real bawa pulang tiga mata.
 ??  ?? EDER (kanan) jaring gol buat Inter.
EDER (kanan) jaring gol buat Inter.
 ??  ?? ISCO (tengah) beri gol pendahulua­n buat Real sebelum jaringan penyamaan Pazzini.
ISCO (tengah) beri gol pendahulua­n buat Real sebelum jaringan penyamaan Pazzini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia