Harian Metro

Permulaan terbaik

- Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

Permulaan baik buat PKNP FC dalam kancah Liga Super. Begitulah komen jurulatih kelab itu, Abu Bakar Fadzim mengenai kejayaan 1-0 anak didiknya ke atas Negeri Sembilan pada perlawanan sulung mereka di Stadium Negeri, Batu Kawan malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, jaringan pemain import, Keo Sokpheng hasil bantuan pemain Korea Selatan, Yeon Gi Sung mencukupi buat kelab konglomera­t itu mengutip mata penuh.

“Tahniah kepada setiap pemain. Walaupun bermain pada waktu petang serta dalam cuaca yang panas mereka berjaya mempamer aksi bertenaga,” katanya.

Menurut Bakar, anak buahnya memberi tekanan dari mula hingga akhir dan berjaya mendominas­i keseluruha­n perlawanan.

Malah, katanya, PKNP mampu menang dengan jurang lebih besar jika memanfaatk­an beberapa peluang yang dicipta di depan gawang lawan.

Katanya, kemasukan S Devan Raj pada babak kedua

 PKNP hadapi perlawanan getir menentang JDT esok

mengubah tempo permainan menjadi semakin pantas.

Begitupun, jurulatih itu sedar belum masanya mereka mendabik dada kerana perjalanan masih lagi jauh.

“Pemain perlu kekal fokus dan berusaha keras meningkatk­an mutu permainan supaya sentiasa konsisten.

“Malah, setiap perlawanan akan menjadi lebih sukar kerana kami akan berhadapan dengan pasukan terbaik dalam Liga Super bermula JDT (Johor Darul Ta’zim) dan selepas itu Kedah dan kemudian Kuala Lumpur.

“Mereka berada dalam kelas tersendiri terutama JDT,” ujarnya.

 ??  ?? PEMAIN PKNP FC, Mohd Irwan Syazmin Wahab (tengah) melepasi benteng pertahanan lawan pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Batu Kawan.
PEMAIN PKNP FC, Mohd Irwan Syazmin Wahab (tengah) melepasi benteng pertahanan lawan pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Batu Kawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia