Harian Metro

Marcote positif anak buah mampu segera lupa episod duka

-

Johor Bahru: Pengendali Kedah, Ramon Marcote

optimis skuad kendaliann­ya mampu melupakan segera kegagalan mempertaha­nkan Piala Sumbangsih selepas tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), malam kelmarin.

Malah pengendali kelahiran Sepanyol itu yakin Helang Merah mampu bangkit apabila melayan kunjungan Perak pada aksi kedua Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu ini.

“Saya sudah kenal pasti beberapa kesilapan yang dilakukan pemain dan akan memperbaik­inya menjelang aksi menentang Perak. Saya yakin pemain mampu bangkit

(gambar)

di laman sendiri Rabu nanti,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kekalahan kepada skuad kendalian Ulisses Morais itu, Marcote mengakui barisannya gagal memperaga aksi terbaik sekali gus dihukum tuan rumah.

“Apa yang anda jangkakan kalau berdepan JDT, sudah tentu ia perlawanan sukar dan kami terpaksa mengubah corak permainan dengan meletak Baddrol (Bakhtiar) beraksi di posisi tengah dan bukan di posisi sayap.

“Kami tahu JDT akan memberi tekanan dan menyerang menerusi gerakan sayap kiri dan kanan dengan larian pantas hingga memaksa kami bertungkus-lumus untuk menyekat setiap gerakan.

“Perancanga­n kami pada babak pertama lebih tertumpu untuk beraksi secara padat di posisi pertahanan bagi menghalang asakan serangan JDT, namun mereka berjaya menjaringk­an gol kerana benteng gagal mengawal rapi penyerang mereka,” katanya.

 ??  ?? KEDAH akur kepada JDT di perlawanan Piala Sumbangsih, kelmarin.
KEDAH akur kepada JDT di perlawanan Piala Sumbangsih, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia