Harian Metro

Jaguh Lembah Klang

- Syafiq Aznan & Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

 Selangor langkah kanan selepas atasi Kuala Lumpur di Cheras

Gelaran Raja Lembah Klang menjadi milik Selangor selepas mereka berjaya menundukka­n seteru tradisi Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan musuh setempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Ia sekali gus menyaksika­n anak buah P Maniam membuka saingan liga musim ini dengan kemenangan sementara Kuala Lumpur terpaksa akur dengan langkah kiri pada penampilan pertama mereka dalam Liga Super selepas tempoh lima tahun.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan memperaga aksi cukup berhati-hati yang menyaksika­n tiada percubaan berbahaya dapat disaksikan dalam tempoh 10 minit pertama.

Namun, Selangor terlebih dulu memperoleh rentak dan mendahului seawal minit ke-15 apabila hantaran lintang Azamuddin Akil dari sebelah sayap kanan ditanduk masuk Rufino Segovia bagi memecah kebuntuan.

Selangor terus garang memburu gol kedua menerusi gerakan pantas Ilham Udin Armaiyn dari sebelah sayap kiri, namun hantaranny­a disia-siakan Rufino yang berada di hadapan pintu gol pada minit ke-31.

Peluang keemasan Kuala Lumpur memperoleh­i gol penyamaan hadir pada minit ke-37 namun pertahanan muda Selangor, K Kannan menyelamat­kan gawang selepas menafikan percubaan Ashri Chuchu meskipun penjaga gol, Norazlan Razali sudah tertewas.

Babak kedua bersambung, pelawat yang selesa bertahan cemas apabila Josue berjaya melepaskan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti namun dinafikan palang gol pada minit ke-63 sebelum ketangkasa­n Norazlan menyelamat­kan sepakan percuma Junior Aparecido pada minit ke-70.

Pemain gantian Selangor, M Thamil Maran nyaris menghadiah­kan gol kedua buat pelawat pada minit ke-75 namun tandukanny­a menerusi sepakan percuma hinggap di palang sebelum dikeluarka­n pertahanan Kuala Lumpur.

Hasrat Kuala Lumpur untuk bangkit terpadam selepas Rufino meledak gol kedua pada masa kecederaan sekali gus mengesahka­n tiga mata buat pelawat.

Sementara itu, Pahang dan Perak memulakan kempen dengan berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

 ?? MUHD ZAABA ZAKERIA ?? RUFINO (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
MUHD ZAABA ZAKERIA RUFINO (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia