Harian Metro

Hilang fokus punca TRW kempunan

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Aksi terakhir Kelantan di Stadium Hang Jebat musim lalu menyelamat­kan The Red Warriors (TRW) untuk terus kekal di saingan Liga Super, namun sebaliknya yang berlaku pada aksi pembukaan Liga Super, malam kelmarin apabila tewas 1-2 kepada Melaka United.

Ketika aksi musim lalu, Kelantan yang turut dikendalik­an Sathit Bensoh bagi mengisi kekosongan ditinggalk­an Zahasmi Ismail memastikan kemenangan 3-1 hasil dua jaringan lewat Alessandro Celin.

“Saya berpuas hati dengan aksi pemain dan situasi yang kami hadapi dalam perlawanan ini,” kata Sathit dalam sesi temubual bersama TV9 selepas tamat perlawanan.

“Kami berjaya mengekang percaturan serangan mereka, namun kami hilang fokus apabila mereka mengamalka­n hantaran jauh. Kami melakukan kesilapan dan saya cukup kecewa kerana kami berikan mereka peluang.

“Tapi, inilah bola sepak. Anda perlu hormati lawan apabila mereka terus bekerja keras. Sekarang kami perlu memberi tumpuan untuk hadapi saingan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan meledak gol pembukaan seawal minit kedua, namun dua gol Melaka menerusi Yahor Zubovich dan Jeon Woo Young memastikan kemenangan buat tuan rumah.

“Kami perlu kekalkan motivasi kerana kami sebenarnya sudah beraksi dengan baik,” katanya yang turut menyenarai­kan dua pemain muda, Haikal Nazri dan Fadhilah Pauzi dalam kesebelasa­n utama.

 ?? Sathit Bensoh
MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER ?? Kami hilang fokus apabila mereka mengamalka­n hantaran jauh. Kami melakukan kesilapan dan saya cukup kecewa kerana kami berikan mereka peluang” ZUBOVICH (kanan) dihalang pemain Kelantan, Amirizdwan Taj Tajudin di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
Sathit Bensoh MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER Kami hilang fokus apabila mereka mengamalka­n hantaran jauh. Kami melakukan kesilapan dan saya cukup kecewa kerana kami berikan mereka peluang” ZUBOVICH (kanan) dihalang pemain Kelantan, Amirizdwan Taj Tajudin di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia