Harian Metro

Doa tak dilanda musibah

-

Rakyat Sarawak disarankan berdoa mengikut kepercayaa­n agama masing-masing agar negeri ini tidak dilanda musibah, khususnya banjir besar susulan perubahan keadaan cuaca yang ekstrem sejak kebelakang­an ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, tidak sekadar membuat persediaan diperlukan, sebaik-baiknya segenap lapisan rakyat berdoa supaya bencana itu dapat dielakkan.

“Ini semua ketentuan Tuhan. Jadi, dalam kita sibuk membuat segala persiapan diperlukan, ada baiknya kita berdoa kepada Tuhan, memohon ihsannya agar negeri kita selamat daripada sebarang bencana dan keadaan pulih semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Pertubuhan Membina Akhlak Che Hui Khor, di sini semalam.

Kui Hian berkata demikian ketika mengulas hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lalu yang melanda lapan bahagian di seluruh negeri termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Malah, keadaan itu turut menyebabka­n beberapa kawasan rendah di wilayah selatan dan tengah Sarawak dilanda banjir berikutan ‘pertembung­an’ dengan fenomena air pasang besar.

Sementara itu, beliau berharap pertubuhan masyarakat Cina di

Sarawak meneruskan penyaluran bantuan kepada golongan memerlukan, termasuk mangsa bencana tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

 ??  ?? DR Sim (tengah) bersama menyampaik­an sumbangan makanan dan ang pow kepada golongan miskin.
DR Sim (tengah) bersama menyampaik­an sumbangan makanan dan ang pow kepada golongan miskin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia