Harian Metro

Monyet curi makanan

- Recqueal Raimi am@hmetro.com.my

 Kehadiran haiwan resahkan penduduk Taman Layar Impian

Seekor monyet liar bukan saja menyelongk­ar barangan rumah, malah mencuri makanan dan merosakkan tanaman hingga menimbulka­n keresahan penduduk Taman Layar Impian di Kampung Laya-laya, di sini.

Penduduk, Faridah Ahmad, 36, berkata, masalah itu berlaku sejak dua minggu lalu, namun kebelakang­an ini haiwan terbabit muncul lebih kerap hingga tiga kali sehari.

“Pagi ini saja monyet ini muncul di halaman rumah jam 8.30 pagi dan kebiasaan ia datang lagi pada tengah hari dan menjelang senja untuk mencari makanan.

“Rumah saya sudah tiga hari berturut-turut diceroboh menyebabka­n makanan ikan peliharaan dilarikan dan perabot kecil berselerak dikerjakan monyet terbabit,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Pusat Latihan RELA Sabah, di sini.

Faridah berkata, haiwan itu bertindak agresif sekiranya dihalau menyebabka­n penduduk berasa tidak selamat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Taman Layar Impian, Jatin Wahid, 46, berkata, tanaman seperti betik sering dipetik haiwan itu hingga tidak sempat merasa hasilnya.

“Setakat ini saja, saya menerima lebih 10 aduan penduduk berkenaan monyet menceroboh rumah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima dua aduan mengenai kehadiran monyet liar yang mengganggu ketenteram­an penduduk.

 ??  ?? KELIBAT monyet resahkan penduduk Taman Layar Impian.
KELIBAT monyet resahkan penduduk Taman Layar Impian.
 ??  ?? LEE (tengah) berkata sesuatu kepada pelajar pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan UPSR dan PT3 2017, semalam.
LEE (tengah) berkata sesuatu kepada pelajar pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan UPSR dan PT3 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia