Harian Metro

BERSALIN ATAS PENGUSUNG BOMBA

- Ramli Ibrahim news@nstp.com.my

 Wanita Orang Asli bersalin atas pengusung ketika dibawa naik ke helikopter

Seorang wanita Orang Asli yang sarat mengandung bersalin di atas pengusung sebelum dibawa naik ke helikopter untuk diterbangk­an ke Hospital Gua Musang (HGM) petang semalam.

Arnie Bah Leman, 30, tinggal di Kampung Pahong, Pos Bihai melahirkan anak lelaki jam 4.30 petang disambut bidan kampung dan ditemani suaminya, Iman Along, 35.

Pegawai Perhubunga­n Awam Unit Udara Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pangkalan Subang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farhan Marzuki berkata, sebelum itu pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak jam 1 tengah hari, memohon penerbanga­n ihsan untuk membawa seorang wanita Orang Asli yang sakit hendak bersalin.

Katanya, pihaknya berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 3.15 petang dengan helikopter Agusta A109E yang dikemudi Penguasa Kanan Bomba 1, Roslan Aziz dan Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Faizal Abd Latif

“Penerbanga­n mengambil masa sejam sebelum tiba di kampung itu untuk mengambil pesakit terbabit yang bersedia di rumahnya untuk dikejarkan ke HGM.

“Sebaik wanita itu diusung untuk menaiki helikopter, dia terus bersalin atas pengusung dan penduduk memanggil bidan kampung bagi urusan menyambut bayi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menunggu satu jam setengah untuk memastikan urusan melahirkan anak itu berjalan lancar.

“Selepas memastikan keadaan wanita dan bayi itu dalam keadaan baik dan sihat, kami berlepas balik ke Pangkalan Udara, Subang jam 6 petang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ARNIE ditemani Iman melahirkan anak atas pengusung sebelum menaiki helikopter penerbanga­n ihsan JBPM untuk ke HGM.
ARNIE ditemani Iman melahirkan anak atas pengusung sebelum menaiki helikopter penerbanga­n ihsan JBPM untuk ke HGM.
 ??  ?? HELIKOPTER Agusta A109E
Unit Udara JBPM membatalka­n penerbanga­n ihsan kerana pesakit melahirkan anak lebih awal.
HELIKOPTER Agusta A109E Unit Udara JBPM membatalka­n penerbanga­n ihsan kerana pesakit melahirkan anak lebih awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia