Harian Metro

SENDU AINA

> “Kali terakhir saya bertemu Nur Aina pada Isnin minggu lalu dan dia kelihatan begitu takut. Sebelum pulang dari sekolah, dia memeluk erat saya sebelum menangis sekuat hati. Lepas itu dia tidak lagi datang ke sekolah,” kata Putri Aine Sofhylea Mohd Shahj

- lapor Mohd Khidir Zakaria

“Kalau boleh saya tak mahu ada murid lain duduk di sebelah saya kerana meja dan kerusi ini milik Nur Aina. Saya terlalu sedih dengan kematianny­a,” kata Putri Aine Sofhylea Mohd Shahjehan, rakan sekelas Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia, Khamis lalu dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tiri di Taman Vista Jaya, Lukut di sini.

Dia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lukut, di sini juga duduk bersebelah­an Nur Aina sejak dari tahun satu menyebakan mereka berkawan rapat.

Katanya, dia hanya mengetahui kematian kawan baiknya itu Jumaat lalu ketika datang ke sekolah. Sebelum itu, Nur Aina tidak hadir ke sekolah kerana demam.

“Setiap hari bersekolah, Nur Aina teman saya ke mana saja, malah kami saling membantu dalam pembelajar­an.

“Apabila dia tiada, hidup saya kosong,” katanya.

Katanya, dia sangat sedih dan hanya mampu menangis setiap kali mengenangk­an rakannya itu.

“Sepanjang tiga tahun kami sekelas, Nur Aina kawan baik dan duduk sebelah saya,” katanya di rumahnya di Bandar Springhill di sini, semalam.

Beliau berkata, fikirannya kini terganggu dan tidak dapat memberi tumpuan ketika guru mengajar berikutan teringat pada Nur Aina dan kerap memandang tempat duduknya.

“Kali terakhir saya bertemu Nur Aina pada Isnin minggu lalu dan selepas itu, dia tidak datang ke sekolah. Ketika waktu rehat, Nur Aina seperti mahu mengadu sesuatu tetapi tidak berbuat demikian,” katanya.

Jelasnya, Nur Aina juga kerap memegang tangannya, namun apabila ditanya kenapa, dia mendiamkan diri.

“Saya pandang wajah Nur Aina dan dia kelihatan takut. Sebelum pulang dari sekolah, dia memeluk erat saya sebelum menangis sekuat hati,” katanya sambil mengalirka­n air mata.

Katanya lagi, dia tidak menyangka rakan baiknya meninggal dunia dalam keadaan menyedihka­n.

“Biarpun kami tinggal di taman berdekatan selepas waktu sekolah kami tidak pernah bertemu untuk beriadah. Nur Aina ada beritahu dia tidak boleh keluar kerana perlu berada di rumah,” katanya.

Menurut Putri Aine, arwah anak yang baik kerana tidak bercerita buruk mengenai keluargany­a. Malah apabila ditanya kesan lebam pada muka, dia hanya memberitah­u terjatuh.

Sementara itu, ibu Putri Aine iaitu Fazidah Mat Saad, 42, berkata, selepas kematian Nur Aina, anaknya setiap hari menangis termasuk pada waktu malam berikutan terlalu merindui sahabatnya.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Aina Nabihah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya jam 11.30 malam.

Bapanya cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada anak keduanya itu namun gagal. Nur Aina dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban namun disahkan meninggal dunia.

Hasil pemeriksaa­n, doktor menemui kesan lebam di seluruh badan mangsa dan punca kematian akibat kecederaan pada organ dalaman.

 ??  ?? PUTRI Aine Sofhylea merenung foto Nur Aina dalam telefon bimbitnya.
PUTRI Aine Sofhylea merenung foto Nur Aina dalam telefon bimbitnya.
 ??  ?? PUTRI Aine Sofhylea terkenang arwah Nur Aina Nabihah yang meninggal dunia akibat didera Khamis lalu.
PUTRI Aine Sofhylea terkenang arwah Nur Aina Nabihah yang meninggal dunia akibat didera Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia