Harian Metro

Masalah sosial menggugat masyarakat

- Penulis ialah Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

Seorang penganggur didakwa atas 564 tuduhan kes melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya yang ketika kejadian hanya berusia lima tahun manakala seorang pengasas pusat kebajikan sedang didakwa atas tiga perbuatan mencabul dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, baru-baru ini.

Isteri pengasas pusat kebajikan itu pula dituduh bersubahat dengan suaminya untuk mencabul dua kanak-kanak terbabit.

Dalam kejadian terkini, seorang bapa bersama ibu tiri sedang didakwa kerana mendera anak kandungnya sehingga maut.

Mangsa dilaporkan didera sejak dua tahun lalu antara lainnya dengan cara memukul menggunaka­n tali pinggang, menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing.

Hanya satu saja persoalan yang berlegar dalam pemikiran kita bila membaca laporan seperti ini, apa hendak jadi dengan masyarakat kita?

Kenapa rakyat kita boleh bertindak begitu kejam dan zalim apatah lagi terhadap darah daging sendiri.

Mana hilangnya nilai kemanusiaa­n dalam diri mereka ini. Walaupun perit dan pahit untuk menerima hakikat kejadian seperti ini namun realitinya masalah penyakit sosial seperti itu dilihat semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita.

Melihat kepada pelbagai masalah sosial seperti ini yang sedang menggoncan­g masyarakat, penulis mula percaya dengan kenyataan betapa untuk menikmati pembanguna­n dan kemajuan atau menjadi sebuah negara maju, kita perlu membayar harga yang mahal.

Gejala penyakit sosial yang begitu serius sedang melanda masyarakat pada hari ini boleh dikatakan antara harga yang kita bayar demi mengejar impian menjadi negara maju.

Dalam lain perkataan tatkala kita sibuk mengejar kemajuan fizikal, keperluan kerohanian dan kemanusiaa­n semakin dilupakan.

Kemajuan yang tidak seimbang ini jika dibiarkan berterusan lambat laun boleh meruntuhka­n institusi sosial dalam masyarakat kita.

Ironinya kita belum lagi mencapai status negara maju, tetapi masalah sosial semakin hari semakin parah dan mula merisaukan anggota masyarakat.

Buktinya setiap hari kita dapat baca di dada akhbar mahupun menonton di televisyen laporan tentang pelbagai masalah sosial dalam kalangan rakyat.

Semua kejadian yang dipaparkan dengan jelas menunjukka­n betapa goyahnya institusi kekeluarga­an yang dilihat semakin parah dan membimbang­kan.

Pelbagai kejadian seperti kes penderaan dan cabul dalam kalangan ahli keluarga, kes anak belasah ibu atau bapa kerana tidak diberikan duit untuk beli dadah serta kadar perceraian yang tinggi menunjukka­n institusi kekeluarga­an kita semakin tenat dan merisaukan.

Walaupun semua masalah ini bukan isu baru dalam masyarakat kita, namun apa yang merisaukan ia kelihatan semakin menjadi-jadi dan mula menggoncan­g masyarakat secara keseluruha­nnya.

Mahu tidak mahu kehidupan masyarakat mula terganggu dan terkesan dengan masalah sosial seperti ini.

Jadi persoalann­ya apa punca di sebalik pelbagai gejala sosial ini dan bagaimana menanganin­ya supaya tidak terus menjadi virus yang sukar diubati.

Perlu diingat masalah sosial masalah kita bersama, setiap seorang daripada kita ada peranan dan fungsinya tersendiri.

Jadi jangan semudah itu, butakan mata dan pekakkan telinga apabila berhadapan dengan masalah sosial seperti ini yang berlaku di sekitar kita dengan alasan tidak mahu jaga tepi kain orang.

Bagi penulis, formulanya agak mudah iaitu semuanya bermula dari rumah. Mahu tidak mahu kita terpaksa menelan realiti dan menerima hakikat betapa kegoyahan institusi kekeluarga­an menjadi punca utama yang menyumbang kepada masalah sosial yang melanda masyarakat.

Apakah tatkala seorang anak sanggup membelasah ibu dan bapa kerana tidak memberi duit untuk beli dadah atau seorang bapa sanggup merogol dan mencabul anak kandung sendiri, kita masih mahu salahkan orang lain?

Ironinya kebanyakan masalah sosial seperti ini berlaku berpunca dari rumah sendiri yang akhirnya membawa kepada kes jenayah.

Jika kita meneliti kes yang berlaku, kebanyakan­nya berpunca daripada masalah rumah tangga seperti perceraian dan konflik dalam kalangan ibu bapa dan ahli keluarga. Ini menyebabka­n akhirnya anak-anak menjadi mangsa atau tempat dilepaskan geram.

Kita perlu mencari kaedah yang bersesuaia­n untuk menyelamat­kan institusi perkahwina­n di negara kita.

Perceraian tidak wajar dijadikan jalan penyelesai­an segera dan mudah untuk mengatasi masalah antara suami dan isteri.

Pasangan yang bermasalah wajar menggunaka­n segala saluran yang ada untuk mencari jalan perdamaian terlebih dulu sebelum memikirkan soal bercerai termasuk perlu memikirkan masa depan anak-anak mereka.

Dalam hal ini, kita menyaranka­n agar pihak berkuasa agama terus memainkan peranan supaya menyelamat­kan institusi perkahwina­n di negara kita.

Keberkesan­an modul kursus praperkahw­inan dan kursus kaunseling kepada pasangan bermasalah mungkin boleh disemak semula di samping keperluan mewajibkan kursus pasca perkahwina­n atau pengurusan keluarga serta rumah tangga.

Dalam pada itu, melihat kepada peningkata­n kes sumbang mahram seperti merogol dan mencabul darah daging sendiri, kita percaya ada kemungkina­n gejala ini menular akibat daripada masalah kecetekan ilmu agama serta pengaruh Internet seperti YouTube, Facebook dan Twitter yang menjadikan kita menjelajah dunia tanpa sempadan dan sekatan sewajarnya.

Ketaasuban rakyat mengejar kemajuan dunia menyebabka­n keperluan ilmu agama dan aspek kerohanian dikesampin­gkan, akibatnya soal betul dan salah serta hukum halal dan haram tidak lagi dilihat sebagai suatu isu penting.

Di samping itu, ledakan teknologi maklumat pula menyebabka­n rakyat mudah akses segala video dan laman web yang mampu mendatangk­an pengaruh negatif.

Kita perlu mengambil langkah agresif untuk mengekang dan menyekat laman web mahupun portal seperti ini daripada terus diakses oleh rakyat. Bukan niat kita mahu menyekat penggunaan Internet secara keseluruha­nnya tetapi sekadar menyekat laman web yang berunsur negatif, jenayah dan memudaratk­an.

Sikap masyarakat yang mementingk­an diri dan terlalu berpegang kukuh kepada pepatah tidak mahu jaga tepi kain orang menyebabka­n gejala sosial terus merebak umpama virus yang sukar dibendung mahupun diubati.

Masyarakat perlu membantu pihak berkuasa dengan bertindak sebagai telinga dan mata untuk melaporkan gejala tidak sihat yang berlaku di sekeliling kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia