Harian Metro

PENGAJARAN AMAT BERMAKNA BAGI AIDIL

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pelakon Aidil Aziz, 31, yang terselamat daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis pada Disember 2016 akui masih ada segelintir pihak memandang serong terhadapny­a.

Bagaimanap­un, Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz berkata dia tidak boleh menyalahka­n pihak terbabit kerana itu persepsi masingmasi­ng.

“Tidak dinafikan selepas dibebaskan sehingga sekarang, masih ada yang memandang serong. Saya tidak boleh salahkan mereka.

“Bagi saya, apa yang mereka perkatakan adalah berdasarka­n apa yang dibaca. Saya pula tidak ada hak untuk menghalang atau melarang mereka daripada terus bercakap.

“Apa yang penting, keluarga dan orang terdekat tahu perkara sebenar. Pada masa sama, apa yang berlaku memberikan pengajaran cukup besar buat saya terutama soal berkawan,” katanya. Nama aktor kacak Fachri Albar meniti di bibir peminat di Indonesia dan Malaysia menerusi sinetron Malin Kundang lebih sedekad lalu.

Selepas menjayakan puluhan sinetron dan filem, Fachri, 35, yang juga anak pasangan vokalis God Bless, Ahmad Albar dan Rini S Bono ini terus bertahan meski ramai bakat baru mewarnai industri hiburan Indonesia ketika ini.

Antara filem lakonannya ialah Alexandria, Pintu Terlarang, Kala, Jakarta Undercover dan Pengabdi Setan.

Walaupun berpengala­man, pelakon berdarah kacukan Arab ini mengakui masih gementar setiap kali menjayakan babak pertama sesebuah karya.

“Terus terang, saya sangat pemalu tetapi ramai pengarah tidak percaya perkara ini. Ia adalah realiti diri saya yang orang lain tidak tahu.

“Ramai pengarah di Indonesia memanggil saya ‘diesel’ atau lambat panas. Apabila lama berada di lokasi filem mahupun iklan, barulah ‘mood’ berlakon datang.

“Saya juga berjuang melawan semua rasa takut dan gementar itu dengan memberikan kualiti terbaik pada setiap lakonan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia