Harian Metro

USLR siasat kemalangan

- Nor Azizah Mokhtar am@hmetro.com.my

 Unit ditugaskan pantau nahas kecil di PLUS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi menggerakk­an Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) di bawah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik khusus untuk menjalanka­n tugas siasatan kemalangan kecil yang berlaku di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

USLR diwujudkan di tiga zon sepanjang lebuh raya PLUS, masing-masing Zon Utara (Kangar - Ipoh), Zon Tengah (Ipoh - Seremban) dan Zon Selatan (Seremban - Johor Bahru).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penubuhan unit berkenaan mendapat respon positif apabila kajian kepuasan pelanggan berhubung unit ini menunjukka­n daripada 400 pengadu, seramai 383 orang iaitu 96 peratus memberi respon ‘sangat baik’.

“Saya berharap USLR ini dapat membantu dan mudahkan masalah yang dihadapi pengguna lebuh raya dan akan diperluask­an lagi perkhidmat­annya dari semasa ke semasa sehingga Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Op Selamat 12/2018 Perayaan Tahun Baru Cina di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sini, semalam.

Kempen keselamata­n selama dua minggu bermula 9 Februari sehingga 23 Februari depan itu mengekalka­n tema Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi.

Turut

hadir,

Pengerusi PLUS Berhad, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dan Pengarah Eksekutif Prima Merdu Sdn Berhad, Datuk Amer Hamzah Ahmed dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor.

USLR yang memulakan operasi pada 7 September 2016 sebagai projek perintis, pada mulanya dianggotai dua pegawai dan lapan anggota sebelum ditambah kepada tiga pegawai dan 63 pegawai rendah berpangkat Sarjan.

Menerusi USLR, pengguna jalan raya yang terbabit dengan kemalangan jalan raya kecil tidak lagi perlu membuat laporan di balai polis berdekatan sebaliknya, diselesaik­an di lokasi kejadian atau Pejabat Operasi USLR di zon masing-masing di R&R berhampira­n.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, berdasarka­n statistik kemalangan Op Selamat 10 sempena Tahun Baru Cina 2017, jumlah kemalangan menunjukka­n peningkata­n sebanyak 1,180 kes atau enam peratus berbanding 2016.

“Bagaimanap­un, kadar kemalangan maut dan jumlah kematian menunjukka­n penurunan ketara, masing-masing menurun sebanyak 26 kes dan 22 kes,”katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (lima dari kanan) bersama
Mohd Sheriff (empat dari kanan) di hadapan Pejabat Operasi Unit Siasatan Lebuhraya (Zon Tengah) Jabatan Siasatan
dan Penguatkua­saan Trafik PDRM.
MOHAMAD Fuzi (lima dari kanan) bersama Mohd Sheriff (empat dari kanan) di hadapan Pejabat Operasi Unit Siasatan Lebuhraya (Zon Tengah) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia