Harian Metro

50% dana TEKUN diperuntuk kepada usahawan wanita

-

Sebanyak 50 peratus daripada RM500 juta dana Tabung Ekonomi

Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) akan diperuntuk­kan kepada usahawan wanita selaras dengan Tahun Memperkasa­kan Wanita 2018.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, menerusi langkah itu, sebanyak RM250 juta daripada jumlah keseluruha­n peruntukan berkenaan akan digunakan bagi membantu usahawan wanita memulakan atau mengembang­kan perniagaan mereka.

“Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 2018 adalah Tahun Memperkasa­kan Wanita. Selain menetapkan sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, satu lagi perkara penting ialah menggalakk­an golongan terbabit mempunyai sumber kewangan sendiri.

“Sebagai contoh, ada banyak kes isteri yang ditinggalk­an suami yang menjadi pencari nafkah tunggal dalam keluarga atau ibu tunggal yang bertungkus-lumus untuk membina kehidupan yang lebih baik.

“Jadi, pemerkasaa­n ini akan memberi mereka keupayaan membina hidup sendiri selain mempunyai sumber kewangan sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawan­an Negeri Selangor dan pelancaran aplikasi telefon pintar, TEKUN Pay di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Norazita Abdul Rahman.Ketika pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan sebanyak RM500 juta bagi TEKUN Nasional yang akan membantu usahawan kecil mengembang­kan perniagaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia