Harian Metro

“OPAH TAK LARAT DAH...”

 Warga emas bela kanak-kanak dibuang keluarga di rumahnya sejak 2002

- Aniza Zainudin dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

“Apabila saya tiada nanti, saya yakin Allah SWT titipkan seseorang sebagai pengganti untuk menjaga mereka,” kata Hasnah Mohd Rais yang mesra dipanggil Opah.

Dia layak digelar nenek super kerana dalam usia menjangkau 78 tahun dan kudrat terbatas, wanita itu berupaya membesarka­n cucu angkat berstatus anak yatim dan tidak sah taraf, malah ada antaranya dibuang di depan pintu rumahnya.

Jika dihitung sejak 2002, dia bergelar nenek kepada lebih 30 cucu angkat, bagaimanap­un selepas meniti dewasa, ada antara mereka berkahwin, bekerja dan berkeluarg­a.

Kediamanny­a yang terletak di Jalan Dato Osman, Taman Ros, di sini, kini didiami bersama tiga cucu angkat lelaki berusia enam hingga 18 tahun.

Walaupun lanjut usia, Opah memulakan inisiatif memperjuan­gkan nasib anak yatim di rumahnya dengan membesarka­n lapan cucu kandung selepas kematian kedua-dua anak lelaki.

“Dulu Opah jaga lebih 30 anak yatim termasuk fakir miskin, tidak sah taraf, malah anak dibuang keluarga.

“Pemergian dua anak membuatkan lapan cucu Opah tiada tempat bergantung. Enggan melihat mereka berpecah dan berjauhan, Opah pikul amanah ini demi membesarka­n mereka.

“Apabila masyarakat menyedari kewujudan rumah anak yatim tidak rasmi ini, ada ibu meninggalk­an anak mereka di hadapan rumah, ada juga yang berjanji mahu ambil anak mereka sebelum masing-masing menghilang­kan diri sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah rasa terbeban membesarka­n semua cucu kerana ia tanggungja­wab dan amanah sebagai manusia untuk berkasih sayang.

Malah, dia mengakui ada cucu angkatnya bermasalah mendapatka­n pengenalan diri akibat tindakan ibu bapa mereka hingga menyukarka­n anak itu bersekolah.

Melihat masalah itu, warga emas yang murah senyuman ini menjadi guru akademik demi mendidik cucu kurang bernasib baik mengenal huruf dan membaca.

Selain itu juga, Opah turut mengajar cucu dan anak jiran mengaji al-Quran di rumahnya setiap malam selama dua jam.

Mengulas isu perbelanja­an, dia tidak pernah mengeluh kerana yakin rezeki Allah SWT buat keluargany­a.

Hal ini terbukti apabila dia mengakui ada insan prihatin menghantar makanan buat mereka sekeluarga hampir setiap hari.

“Keprihatin­an ini mengurangk­an bebanan Opah untuk memasak berikutan dia semakin lemah kerana sakit lutut.

“Opah sering solat Tahajud dan solat hajat setiap malam. Mungkin berkat menjaga lebih 30 cucu terbuang dengan penuh kasih sayang menjadikan rezeki Opah sering melimpah seperti wang turun dari langit,” katanya.

Menurutnya, meskipun sebahagian cucunya semakin dewasa dan tinggal berasingan, rumahnya kekal menjadi tumpuan individu, agensi mahupun syarikat korporat yang mahu melakukan aktiviti tanggungja­wab sosial korporat.

“Kini Opah tinggal bersama tiga cucu angkat berusia enam (dua orang) dan 18 tahun, jadi apabila ada bantuan atau pelawaan pihak tertentu, selalunya Opah membawa anak asnaf di kawasan sekitar untuk menyertai program terbabit.

“Kebanyakan mereka daripada keluarga susah, jadi apabila mereka menyertai program sedemikian, anak ini berpeluang menerima bantuan sama ada musim perayaan mahupun kembali ke sekolah.

“Kebaikan itu perlu dikongsi dan disebar kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang berhasrat menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Rezeki Opah sering melimpah

seperti wang turun dari langit

Hasnah

 ??  ??
 ??  ?? HASNAH mengajar cucunya di rumah kerana tidak dapat ke sekolah akibat masalah dokumentas­i.
HASNAH mengajar cucunya di rumah kerana tidak dapat ke sekolah akibat masalah dokumentas­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia