Harian Metro

Wilson perlu ‘super pantas’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Suka atau tidak, perenang negara perlu mengaku mereka tidak berpeluang untuk menyumbang­kan pingat di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, April nanti.

Malah, perenang handalan negara, Welson Sim juga sukar untuk memenangi pingat di temasya itu.

Bukan tidak boleh bermimpi tapi itulah hakikat yang perlu diterima kerana mereka harus menjadi ‘super pantas’ jika ingin mara ke final dan meraih pingat.

Perkara itu diakui jurulatih negara, Paul Birmingham yang melihat faktor itu berdasarka­n kedudukan semasa perenang.

“Ya mereka memang tidak berpeluang untuk meraih pingat. Di Komanwel mereka perlu berdepan dengan juara dan pemegang dunia, juara Olimpik dan beberapa nama hebat yang lain.

“Jadi kita perlu realistik. Biarpun Welson bagus, dia tetap tidak mempunyai peluang. Namun, apa yang menggembir­akan ialah Welson kini menunjukka­n perkembang­an memberangs­angkan,” katanya yang memaklumka­n anak buahnya itu akan beraksi dalam acara 200 dan 400m.

Australia pasti membariska­n perenang handalan mereka yang juga juara dunia, Mack Horton dan Kyle Chalmers selain Adam Peaty dari Britain dan beberapa nama besar lain.

Selain itu, Paul turut memaklumka­n skuad renang hanya akan membariska­n lima atlet terdiri daripada Welson, Chan Jie, Tern Jian Han, Keith Lim dan seorang atlet wanita tunggal, Caroline Chan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia