Harian Metro

Swans kenduri gol

- AFP

 Cipta kejayaan terbesar tumbangkan Notts County 8-1

Swansea mencipta kejayaan terbesar dalam kempen Piala FA apabila Tammy Abraham dan Nathan Dyer mengetuai pesta gol dengan kemenangan 8-1 membelasah Notts County dalam pusingan keempat, semalam.

Swansea memulakan jaringan menerusi dua gol awal babak pertama dalam pertembung­an di Stadium Liberty.

Penyerang Swansea, Abraham meledak gol pertama pada minit ke-18 disusuli jaringan Dyer.

Dyer menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Noor Husin membalas untuk gol County pada minit ke- 36.

Cubaan Abraham sekali lagi berjaya menembusi gawang sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, giliran Kyle Naughton meletakkan Swansea selesa mendahului 5-1 apabila menyempurn­akan sepakan sudut pada minit ke-53 sebelum Wayne Routledge menjaringk­an gol keenam disusuli jaringan ketujuh oleh pemain tengah Tom Carroll pada minit ke-65.

Daniel James yang tampil buat pertama kali turut meledak satu gol untuk melengkapk­an penderitaa­n Notts County dengan gol kelapan pada minit ke-84.

Kejayaan besar Swansea itu membolehka­n pengendali­nya, Carlos Carvalhal membalas dendam apabila bertemu Sheffield Wednesday yang memecatnya awal musim ini dalam pusingan kelima.

Huddersfie­ld pula berdepan Manchester United dalam pusingan kelima selepas merakam kemenangan 4-1 ke atas Birmingham selepas tambahan masa.

Birmingham mendahului pada minit ke-52 apabila Che Adams menyumbat gol dari kotak penalti.

Huddersfie­ld menyamakan kedudukan apabila pertahanan lawan, Marc Roberts tertampan bola ke gawang sendiri.

Rajiv van la Parra menjaringk­an gol ketiga sebelum Tom Ince meledak gol keempat pada minit ke-106 untuk bertemu United.

Dalam pada itu, Rochdale, yang bergelut dalam Liga Satu membuat kejutan apabila mengatasi Millwall 1-0 sekali gus mara dan bakal bertemu sama ada Tottenham atau Newport, yang bertemu di Stadium Wembley, semalam.

Rochdale terhutang budi dengan gol tunggal oleh Ian Henderson pada minit ke-53 menyingkir­kan Millwall yang menurunkan barisan lemah.

 ??  ?? PEMAIN Swansea meraikan jaringan James (baring).
PEMAIN Swansea meraikan jaringan James (baring).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia