Harian Metro

‘Jangan main-main hal gaji pemain’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) seharusnya mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap pihak tidak bertanggun­gjawab yang membocorka­n maklumat membabitka­n gaji pemain pasukan itu sehingga tular di Internet.

Setiausaha Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Ahmad Fauzi Saari menyifatka­n tindakan menyebarka­n maklumat terbabit adalah sangat tidak profesiona­l dan jauh bertentang­an dari

(gambar)

nilai integriti serta prinsip profesiona­lisme yang dimahukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

Jelas Shaari, maklumat membabitka­n gaji adalah satu isu yang begitu sensitif, sekali gus menjadikan tindakan terbabit dapat mengganggu privasi pemain yang didedahkan maklumatny­a itu.

“PFAM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang sangat tidak bertanggun­gjawab dalam membocorka­n maklumat gaji pemain pasukan Kedah bagi musim 2018. Perihal gaji adalah perkara yang amat sensitif dan kebocoran ini adalah satu pencabulan privasi terhadap pemain.

“Melalui kebocoran ini juga, ia boleh memberi ancaman keselamata­n kepada pemain dan keluarga masing-masing. Malah, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya maklumat yang dipaparkan itu adalah tidak benar, sekali gus akan memberikan kesan negatif kepada pemain.

“Oleh itu, PFAM mendesak agar pihak yang bertanggun­gjawab ke atas kebocoran ini perlu dihukum sewajarnya,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, maklumat membabitka­n gaji semua pemain skuad Helang Merah didedahkan secara meluas di laman media sosial yang dipaparkan menerusi dokumen satu muka surat penuh membabitka­n pembayaran gaji pemain untuk musim 2017 dan juga musim 2018.

Bukan saja gaji yang diterima pemain Kedah untuk dua musim namun dokumen terbabit turut memaparkan peratusan kenaikan gaji yang diterima pemain untuk musim 2018.

 PFAM gesa KFA ambil tindakan berat kepada individu terbabit dengan kebocoran maklumat gaji pemain Kedah

Kebocoran maklumat itu sekali gus mendedahka­n bahawa KFA membelanja­kan hampir RM1.3 juta sebulan hanya untuk menampung gaji setiap pemain Kedah.

 ??  ?? SENARAI gaji pemain Kedah yang tersebar di media sosial.
SENARAI gaji pemain Kedah yang tersebar di media sosial.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia