Harian Metro

AMENG, ismail pilihan sekolah

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro. com.my

Tidak dinafikan peranan artis sangat besar dalam masyarakat. Bahkan, sejak zaman sebelum merdeka sehinggala­h sekarang, artis menjadi ‘umpan’ terbaik dalam pelbagai program bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta.

Tanpa pembabitan artis terutama yang terkenal, agak sukar sesebuah program mendapat sambutan terutama apabila membabitka­n kutipan derma.

Sehubungan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ampang (SKA) Ampang, Selangor memilih Ameng Spring dan Ismail Izzani untuk terbabit dengan program Majlis Makan Malam Sekolah Kebangsaan Ampang di Dewan Terbuka SJKC Kampung Baru Ampang pada 3 Mac ini.

Turut mengadakan persembaha­n ialah SKA Buskers dan Penari SKA.

Aura Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Ismail Izzani yang terkenal dengan lagu Sabar diyakini mampu menarik kehadiran ramai penonton sekali gus mencapai objektif penganjura­n iaitu mengutip dana untuk pembinaan dataran berbumbung sekolah itu.

Yang Dipertua PIBG SK Ampang, Mohd Azmi Aznal berkata, pihaknya memilih dua artis ini kerana populariti dan bakat mereka yang hebat.

“Ameng dipilih kerana kami percaya ramai peminat yang sayangkan dia dan menyukai persembaha­nnya. Dia juga contoh kita boleh menjadi yang terbaik jika berusaha walaupun pernah melalui detik sukar dalam hidup.

“Ismail Izzani pula jadi pilihan bagi mewakili generasi muda apabila lagunya juga diminati ramai,” katanya.

Menurut Mohd Azmi, pihaknya memerlukan dana RM300,000 bagi membiayai projek itu untuk kemudahan murid berkumpul ketika menghadiri perhimpuna­n mingguan.

“Ia amat diperlukan kerana dataran sekarang tak berbumbung dan membuatkan pelajar kurang selesa.

“Penganjura­n program ini juga bertujuan mengeratka­n hubungan antara warga sekolah, PIBG, Alumni SKA, ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Tiket berbentuk jualan meja untuk menonton berharga RM1000 hingga RM3000 dan boleh didapati dengan menghubung­i Saluwa (013 3423312), Zaid (017 8825387) dan Azmi (017 3117449).

Sumbangan juga boleh dibuat menerusi akaun Public Bank

3082905015.

 ??  ??
 ??  ?? AURA Ameng dijangka tarik
kehadiran orang ramai.
AURA Ameng dijangka tarik kehadiran orang ramai.
 ??  ?? ISMAIL wakili generasi muda.
ISMAIL wakili generasi muda.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia