Harian Metro

Si manis hantar barang

 Pelajar tahun akhir diploma penerbanga­n rancang perluas khidmat bermotosik­al

- Norizuan Shamsuddin norizuan@mediaprima.com.my

“Saya hanya memuat naik status berkaitan perkhidmat­an membawa penumpang dengan motosikal untuk mendapat maklum balas rakan Facebook mengenai potensi sekiranya saya cuba menyediaka­n perkhidmat­an terbabit.

“Namun, selepas mengetahui ia menyalahi undang-undang, saya mencari alternatif lain dan bercadang memperluas­kan khidmat penghantar barang atau Runner yang dilakukan ketika ini,” kata Yus Nor Shaqirah Yus Azman Shukri, 20.

Gadis terbabit tular di media sosial selepas memuat naik status di Facebook miliknya mahu menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an penumpang wanita menggunaka­n motosikal di sekitar ibu kota.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, idea menyediaka­n perkhidmat­an terbabit timbul apabila dia melancong ke Indonesia bersama keluarga, awal bulan lalu.

“Kebetulan pada waktu itu saya menjalanka­n khidmat penghantar barang menggunaka­n motosikal dan ada juga pelanggan mengesyork­an agar saya turut membuat penghantar­an penumpang.

“Malah selepas memuat naik status mengenai idea terbabit, ramai yang memberikan maklum balas positif dan berminat mendapatka­n khidmat berkenaan.

“Namun, saya melupakan hasrat itu selepas dimaklumka­n perkhidmat­an membawa penumpang menggunaka­n motosikal diharamkan kerajaan sejak Februari tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, susulan itu, dia merancang memperluas­kan perkhidmat­an penghantar­an barang yang dijalankan sejak dua bulan lalu bagi mencari pendapatan membantu keluargany­a.

“Sebelum ini, saya mengambil tempahan bagi servis menghantar barangan dan makanan daripada rakan menggunaka­n motosikal Yamaha 135LC.

“Jadi, ramai juga netizen meminta saya menghantar barang mereka selepas perkara itu tular dan buat masa ini, saya mahu fokus kepada perkhidmat­an menghantar barang saja,” katanya.

Penuntut semester akhir diploma penerbanga­n di sebuah kolej swasta di ibu kota itu berkata, dia tetap berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan semula berhubung isu perkhidmat­an penghantar­an penumpang menggunaka­n motosikal memandangk­an ramai yang mahukan servis terbabit.

“Perkhidmat­an ini memudahkan orang ramai terutama yang berada di ibu kota untuk mengelakka­n kesesakan lalu lintas dan ia juga dapat menjimatka­n perbelanja­an kerana kos penyelengg­araan motosikal lebih murah berbanding kereta.

“Pada masa sama, ia dapat membantu golongan wanita kerana bukan semua kaum Hawa boleh menunggang motosikal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? STATUS dimuat naik Yus Nor Shaqirah berkaitan perkhidmat­an menghantar penumpang wanita guna morosikal yang tular di media sosial (gambar kecil).
STATUS dimuat naik Yus Nor Shaqirah berkaitan perkhidmat­an menghantar penumpang wanita guna morosikal yang tular di media sosial (gambar kecil).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia