Harian Metro

Harap Osh tunai janji ke IPD PJ

 Taj Innuendo masih gagal dihubungi untuk beri keterangan kes dadah

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam @mediaprima.com.my

Diharapkan individu berkenaan termasuk yang tidak dihubungi dapat menghadirk­an diri bagi memberi keterangan”

Fadzil

Salah seorang penyanyi dikenali sebagai Osh daripada kumpulan nasyid Firdaus sudah dapat dihubungi menerusi peguamnya yang memaklumka­n akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi dirakamkan percakapan berhubung laporan dibuat Datuk Farid Kamil 31 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, setakat petang ini, hanya penyanyi berkenaan menerusi peguamnya memberi maklum balas positif dan seorang lagi penyanyi iaitu Taj atau Ahmad Tajuddin daripada kumpulan Innuendo masih gagal dihubungi.

Katanya, menerusi percakapan dengan peguam mewakili Osh, artis itu akan datang dalam waktu terdekat.

“Setakat petang ini, hanya Osh saja yang dapat dihubungi menerusi percakapan dengan peguamnya.

“Manakala seorang lagi artis dikenali sebagai Taj dari Kumpulan Innuendo masih gagal dihubungi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Karnival Sukan Piala Ketua Polis Negara 2017 di Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MBPJ) petang semalam.

Bagaimanap­un, Fadzil berkata, pihaknya berharap agar Osh dan peguamnya dapat menunaikan janjinya itu serta tidak berdolak-dalih.

“Diharapkan, individu berkenaan termasuk yang tidak dihubungi dapat menghadirk­an diri bagi memberi keterangan,” katanya.

Kelmarin, pada jam 11 malam, pelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas positif mengambil dadah jenis ganja sebaik selesai memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan Datuk Farid Kamil.

Malah, pelakon itu direman selama tiga hari bermula semalam berhubung kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA laporan Harian Metro mengenai kes dadah Farid Kamil.
ANTARA laporan Harian Metro mengenai kes dadah Farid Kamil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia