Harian Metro

Duka lara bisnes ranap

- Abnor Hamizam Abd Manap news@nstp.com.my

 Tauke restoran mangsa tuduhan palsu di FB

Tuduhan palsu yang disebarkan di laman Facebook menyebabka­n seorang pemilik restoran di sini, terpaksa menutup perniagaan dan berpindah walaupun siasatan pihak berkuasa mendapatin­ya tidak bersalah.

Kamariyah Ab Bakar, 41, mengalami kerugian besar akibat kejadian pada Jun 2015 itu, malah menghadapi tekanan perasaan disebabkan tanggapan serong masyarakat terutama pelanggan.

“Seorang pelanggan yang tidak berpuas hati membuat tuduhan di laman sosial menyebabka­n ramai menganggap saya sengaja mengambil kesempatan dengan menjual makanan pada harga mahal.

“Malah, penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) turut datang membuat siasatan di restoran saya.

“Mereka bagaimanap­un mendapati harga yang dikenakan munasabah dan tidak mengambil tindakan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian pada bulan puasa 2015 itu, gambar resit bayaran restoran berkenaan dimuat naik di Facebook oleh seorang pelanggan yang datang berbuka puasa secara berkumpula­n dan mendakwa harga dikenakan terlalu mahal sehingga tular.

Bagaimanap­un, Kamariyah menjelaska­n, harga mencecah RM800 dikenakan kerana pelanggan terbabit menempah lapan jenis hidangan untuk hidangan 25 orang, malah penguatkua­sa KPDNKK turut berpuas hati dengan penjelasan itu.

Kamariyah berkata, selepas mengalami kerugian besar susulan tuduhan itu, beliau berpindah namun hanya bertahan beberapa bulan disebabkan kos sewa premis yang mahal, sebelum sekali lagi berpindah ke Kuala Pilah.

“Saya kerap menangis dan malu untuk bertemu orang selepas kejadian itu.

“Saya tak dapat gambarkan perasaan. Saya rasa terlalu lemah dan kecewa dengan dakwaan itu yang menjejaska­n periuk nasi saya.

“Bayangkan, pelaburan ratusan ribu ringgit dan penat lelah membina perniagaan dimusnahka­n sekelip mata oleh satu tuduhan palsu di Facebook. Saya cuba memberi penjelasan, namun tidak berkesan kerana kerosakan sudah berlaku,” katanya.

 ??  ?? KAMARIYAH terpaksa tutup perniagaan kerana rugi besar.
KAMARIYAH terpaksa tutup perniagaan kerana rugi besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia