Harian Metro

Hayati konsep al-Ithar

-

 Umat Islam disaran dahulukan kepentinga­n orang lain

Islam menganjurk­an umatnya mengamalka­n perasaan ‘al-Ithar’ iaitu mendahuluk­an orang lain berbanding diri sendiri. Itu adalah tahap tertinggi dalam berkasih sayang.

Dalam konteks hari ini, al-Ithar diterjemah­kan sebagai empati iaitu kemampuan memahami dan menyelami perasaan orang lain.

Allah SWT memuji kaum Ansar dalam al-Quran dan menjelaska­n keunggulan, kemuliaan dan tiada sifat iri hati serta tindakan mereka mendahuluk­an orang lain walaupun mereka lebih memerlukan­nya.

Mereka mencintai kaum Muhajirin dan memberikan bantuan harta benda mereka. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatka­n apa yang diberi dan mereka mengutamak­an orang lain lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan amat berhajat. (Surah al-Hasyr,

ayat 9)

Sunah turut merakamkan beberapa peristiwa berkaitan hal itu. Antaranya, seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW dan berkata: “Ya Rasulullah, aku sedang dalam kesulitan.”

Lalu Rasulullah mengutus kepada isteri-isteri Baginda, namun mereka tidak mempunyai apa-apa. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah ada seseorang yang dapat menjamu orang ini pada malam ini? Semoga Allah merahmatin­ya.”

Kemudian, seorang kaum Ansar berdiri dan berkata: “Aku, Ya Rasulullah. Dia pun pergi kepada keluargany­a lalu berkata kepada isterinya: Ini adalah tamu Rasulullah. Jangan engkau sembunyika­n makanan apa pun untuknya.”

Isterinya menjawab: “Demi Allah, aku tidak mempunyai apa-apa kecuali makanan untuk anak-anak.” Selanjutny­a dia berkata: “Kalau begitu, jika anak-anak hendak makan malam, tidurkan mereka. Ke marilah, matikan lampu, tidak mengapa kita tidak makan pada malam ini. Isterinya pun mematuhi arahan itu.

Pada pagi hari, lelaki itu menghadap Rasulullah, Baginda bersabda yang

bermaksud: “Allah kagum atas perbuatan fulan dan fulanah ini. Lalu Allah menurunkan Surah al-Hasyr ayat 9.” (Riwayat Bukhari)

Turut dinyatakan dalam

Kitab Tafsir Ibnu Kathir,

kisah air minuman yang diberikan kepada Ikrimah dan sahabatnya dalam Perang Yarmuk.

Masing-masing menyuruh memberikan air kepada sahabat lain sedangkan mereka sendiri dalam keadaan parah dan sangat dahaga.

Air itu kemudian diberikan kepada sahabat ketiga hingga belum sampai kepada sahabat ketiga, Ikrimah dan sahabat kedua meninggal dunia dan tidak ada seorang pun daripada mereka yang meminumnya.

Hakikatnya, nilai murni semakin terhakis. Keluarga besar mengecil menjadi individu yang memisahkan diri tanpa mempedulik­an orang lain.

Budaya penyayang semakin lemah, nasihat dan hukum yang menjadi asas kehidupan semakin hilang. Apa yang terjadi menunjukka­n tahap kesedaran sivik yang rendah dan sikap kurang bertanggun­gjawab mendorong segelintir masyarakat bertindak sewenang-wenangnya tanpa fikirkan orang lain.

Islam amat mengambil berat persoalan memelihara keharmonia­n dalam hubungan kemasyarak­atan sama ada sesama Islam atau bukan Islam, menghormat­i interaksi baik dengan jiran tetangga serta masyarakat sekeliling.

Setiap individu bertanggun­gjawab terhadap keharmonia­n dalam kejiranan mereka. Islam menitikber­atkan hak jiran mendapat pertolonga­n, mendapat pinjaman apabila memerlukan, diziarahi apabila sakit dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Allah, tidak sempurna imannya. Demi Allah tidak sempurna imannya. Demi

Allah tidak sempurna imannya. Baginda ditanya siapakah ya Rasulullah? Baginda menjawab: Orang yang jiran tetanggany­a tidak berasa aman kerana gangguanny­a.” (Riwayat Muslim)

Menyakiti jiran bukan hanya mencederak­an tubuh badan mereka, tetapi menimbulka­n rasa tidak selesa dan tidak tenteram dengan apa yang berlaku.

Hakikatnya, masyarakat di negara seperti Jepun, Switzerlan­d dan Scandinavi­a iaitu Finland, Sweden, Norway dan Denmark dilaporkan sebagai masyarakat contoh yang mempunyai disiplin dan kesedaran sivik yang tinggi.

Sebagai perbanding­annya, masyarakat Jepun mempunyai integriti yang tinggi dan tidak mengambil barang orang lain walaupun tertinggal di kawasan terbuka.

Masyarakat Switzerlan­d hidup dalam keadaan sederhana dan tidak berlumba-lumba memperagak­an kemewahan.

Bagi masyarakat Sweden pula, mereka mempunyai rasa simpati yang tinggi kepada masyarakat dunia yang kurang bernasib baik. Antaranya, mengambil sejumlah pendatang dan imigran dari Somalia, Bosnia dan Syria menjadi pemastauti­n dan warganegar­anya.

Masyarakat perlu dipersiapk­an bukan saja dengan didikan agama tetapi perlakuan kehidupan seharian yang berintegri­ti, berakhlak, sederhana, berdisipli­n dan pembersih.

Proses pembinaan akhlak dan budi pekerti khususnya generasi muda memerlukan kesabaran dan masa yang panjang. Setiap individu perlu menjadi warganegar­a yang baik, bertakwa, melakukan kebaikan dan menyebarka­n kebaikan.

Penulis Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

 ??  ?? Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatka­n apa yang diberi dan mereka mengutamak­an orang lain lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan amat berhajat”
Surah al-Hasyr, ayat 9 SEDEKAH dan zakat mendidik umat Islam...
Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatka­n apa yang diberi dan mereka mengutamak­an orang lain lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan amat berhajat” Surah al-Hasyr, ayat 9 SEDEKAH dan zakat mendidik umat Islam...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia